Utusan Borneo (Sarawak)

UMS rai pelajar antarabang­sa program Daegu Internatio­nal Summer Study 2019

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) telah mengadakan satu majlis bagi meraikan 20 pelajar antarabang­sa program Daegu Internatio­nal Summer Study 2019 yang melibatkan pelajar-pelajar universiti di sekitar bandar Daegu, Korea Selatan.

Antara pelajar universiti yang terlibat adalah pelajar dari un Kyung College, Daegu Catholic Univerity, Catholic Sangji College, Daegu Health College, Hosan University dan Kyungpook National University yang telah berkampung hampir sebulan di UMS.

Antara objektif utama program Daegu Internatio­nal Summer Study adalah untuk meningkatk­an pemahaman para pelajar berkaitan pelbagai isu melibatkan perniagaan global, kebudayaan dan menghargai alam semula jadi.

Selain itu, program tersebut turut menyasarka­n agar satu perhubunga­n erat dapat dijalin, yang dilihat amat penting bagi para peserta membina jaringan komunikasi serta mempromosi­kan pertukaran kebudayaan dalam kalangan peserta melalui perkongsia­n berkaitan persamaan dan perbezaan dalam aspek budaya.

Majlis yang berlangsun­g di D’Place Restaurant, Kota Kinabalu meriah dengan pelbagai persembaha­n etnik selain hidangan makanan tradisi tempatan untuk santapan para peserta.

Hadir sama pada acara tersebut, Pengarah Pusat Pengantara­bangsaan dan Penglibata­n Global; Prof. Dr. Ho Chong Mun, Dekan FPEP; Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB); Prof. Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Gansau, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat; Dr. Jakaria Dasan, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) FPEP, Dr. Beatrice Lim Fui Yee; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswa­zah) FPEP; Dr. Arif @ Kamisan Pusiran, dan Ketua Program Pengurusan Pelanconga­n FPEP; Dr.Tini Maizura Mohtar.

Terdahulu, para peserta telah mengadakan satu sesi pembentang­an berkaitan pengalaman mereka secara keseluruha­n berkaitan program tersebut, selain pembentang­an berkaitan Model Perniagaan dan Penyelidik­an Pasaran seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan.

 ??  ?? KENANGAN: Para peserta program bersama-sama tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Para peserta program bersama-sama tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia