Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan pesisir jana ekonomi penduduk menerusi pertanian

Kemudahan jalan raya membolehka­n pengusaha memasarkan hasil tanaman mereka ke bandar-bandar utama: Talib

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Hari ini dengan adanya kemudahan jalan raya pesisir, ia membawa banyak perubahan dari segi jalan perhubunga­n kepada rakyat khasnya di kawasan DUN Jepak untuk ke bandar Bintulu bagi menjual hasil pertanian dan sebagainya.

BINTULU: Ekonomi penduduk di kawasan penempatan jalan pesisir akan terus berkembang dengan pelbagai projek pertanian, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Beliau berkata, ini termasuk penanaman kelapa pandan dalam skala besar yang turut mendapat permintaan tinggi di pasaran Bintulu dan bandar-bandar lain di negeri ini.

Perkembang­an ekonomi itu katanya, turut dibantu oleh rangkaian kemudahan jalan pesisir Kuala Tatau yang dibina kerajaan Sarawak yang memudahkan penduduk luar bandar mengangkut hasil pertanian mereka ke pasaran di bandar-bandar utama.

“Hari ini dengan adanya kemudahan jalan raya pesisir, ia membawa banyak perubahan dari segi jalan perhubunga­n kepada rakyat khasnya di kawasan DUN Jepak untuk ke bandar Bintulu bagi menjual hasil pertanian dan sebagainya.

“Kita nampak kemajuan yang berlaku di Kuala Serupai (laluan jalan pesisir Kuala Tatau) dahulunya hanya dapat dihubungi dengan bot melalui laut (pengangkut­an air) tetapi hari ini kemudahan jalan pesisir memberi banyak perubahan dari segi perhubunga­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kursus In-Situ Jabatan Pertanian

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

Daerah Tatau bagi pelbagai projek pertanian dan Penanaman Kelapa Pandan di Rumah Ajah Umkar di Kuala Serupai Jalan Pesisir Kuala Tatau, semalam.

Justeru, Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak menghargai dan berterima kasih kepada Jabatan Pertanian atas perkongsia­n ilmu dalam bidang pertanian serta tunjuk ajar kepada petani untuk meningkatk­an pendapatan mereka dan membantu menjana ekonomi di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perikanan Kanan Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Kairulniez­a Waynie berkata, projek penanaman kelapa pandan adalah projek baharu Jabatan Pertanian untuk 2017, 2018 dan 2019 dan dijangka mengeluark­an hasilnya pada 2021.

“Cadangan keluasan tanaman untuk projek tersebut bagi 2020 adalah kira-kira 100 ekar untuk kawasan Kuala Tatau.

Setakat ini, keluasan tanah yang telah ditanam dengan kelapa pandan di kawasan Kuala Tatau merangkumi 62 hektar (ha) pada 2017, 26 ha (2018) dan 60 ha (2019),” ujarnya.

Seramai 120 peserta dari sembilan rumah panjang menyertai kursus tersebut yang mengupas berkaitan ternakan kelulut, penyediaan baja organik, ternakan ikan keli/ternakan ikan keli dalam tangki, teknologi ternakan ayam kacukan/ternakan khinzir, teknologi pembanguna­n tanaman kelapa sawit, teknologi tanaman nanas, teknologi tanaman fertigasi serta keselamata­n pengendali­an racun secara tepat dan sistematik.

Turut hadir pada program itu ialah Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tatau Veronica Inyang yang mewakili Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Awang Roslan Awang Hipni, Tuai Rumah Ajah Umkar, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat.

Datuk Talib Zulpilip

 ??  ?? JANA PENDAPATAN: Talib (tengah) bersama Tuai Rumah Ajah (tiga kanan), Kairul (kanan) serta penduduk setempat menunjukka­n tanda bagus pada majlis Rumah Ajah Umkar, semalam.
JANA PENDAPATAN: Talib (tengah) bersama Tuai Rumah Ajah (tiga kanan), Kairul (kanan) serta penduduk setempat menunjukka­n tanda bagus pada majlis Rumah Ajah Umkar, semalam.
 ??  ?? DALAM PROSES: Keadaan rumah panjang baharu Rumah Ajah yang masih dalam pembinaan.
DALAM PROSES: Keadaan rumah panjang baharu Rumah Ajah yang masih dalam pembinaan.
 ??  ?? RUMAH LAMA: Keadaan persekitar­an kawasan rumah panjang lama Rumah Ajah.
RUMAH LAMA: Keadaan persekitar­an kawasan rumah panjang lama Rumah Ajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia