Utusan Borneo (Sarawak)

Permudahka­n VOA untuk tarik ramai pelancong ke Sarawak: Lee

-

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan mahu Jabatan Imigresen dan agensi pelanconga­n bekerjasam bagi memudahkan urusan Visa Sebaik Tiba (VOA) di Pos Kawalan dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujoh.

Menteri Mudanya Datuk Lee Kim Shin berkata, ini penting memandangk­an tahun ini adalah Tahun Melawat Sarawak 2019.

“Kita mahu semua pelancong yang datang melalui Brunei di CIQ Sungai Tujoh dapat masuk ke Miri denga licin tanpa sebarang gangguan dan masalah.

“Selain itu, kita mahu urusan ini juga dipermudah­kan bagi mencapai sasaran 30 juta pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia 2020,” ujarnya semasa taklimat mengenai VOA oleh Jabatan Imigresen di CIQ Sungai Tujoh kelmarin.

Dasar VOA baharu ini adalah untuk pelancong dari China dan India yang memasuki negara ini melalui Sungai Tujoh, Miri-Brunei.

Sebanyak 22 permohonan pelancong dari China sudah diterima sejak ia dikuatkuas­akan Julai lalu.

Katanya, agensi pelanconga­n perlu memastikan pelancong mereka dikendalik­an dengan baik dan tidak dibebankan dengan perkara leceh seperti mengisi borang, membuat salinan tiket, dokumen serta mengumumka­n wang tunai mereka.

“Dalam hal ini, saya cadangkan agensi pelanconga­n membantu menyediaka­n dokumen dan memberitah­u apa yang perlu sebelum sampai di pintu pemeriksaa­n imigresen.

“Mereka juga perlu memaklumka­n kepada pihak imigresen lebih awal sekiranya membawa ramai pelancong agar jumlah kakitangan di kaunter dapat ditambah untuk mempercepa­t permohonan,” katanya.

Hadir sama Residen Miri Mastapha Julaihi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sungai Tujoh, Mohamad Naziff Othman, Timbalan Penolong Superinten­dent Sungai Tujoh, Wong Yieng Ching dan Penguasa Sungai Tujoh Doehaile Bujid dan wakil agensi pelanconga­n Miri dan Brunei. BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Rumah Ajah Umkar untuk membantu penduduk membeli bahan binaan asas bagi pembinaan rumah panjang baharu di Kuala Serupai, Jalan Pesisir Kuala Tatau.

Sumbangan di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jepak tersebut semasa merasmikan Program Kursus In-Situ Jabatan Pertanian Daerah Tatau bagi pelbagai projek pertanian dan Penanaman Kelapa Pandan di Rumah Ajah Umkar semalam.

Talib berkata, beliau akan membantu untuk mencari dana tambahan serta akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkenaan perkara tersebut.

Tapak bagi rumah panjang baharu itu adalah berhadapan dengan rumah panjang lama Rumah Ajah dan kos pembinaan rumah panjang baharu melalui pinjaman itu adalah RM30,000 sepintu seperti yang dimaklumka­n oleh tuai rumahnya.

Rumah panjang baharu itu mempunyai 60 pintu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia