Utusan Borneo (Sarawak)

Pemohonan tandas baharu Masjid Ar Rayyan akan dikemuka kepada ICU JPM

-

MIRI: Pemohonan tandas baharu Masjid Ar Rayyan Miri akan dikemukaka­n kepada Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mendapatka­n dana.

Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo berkata, kerajaan persekutua­n mempunyai dana untuk membina bangunan seperti masjid, gereja, sekolah, tandas awam dan sebagainya.

“Kita akan cuba memohon peruntukan darpadai ICU untuk membina kemudahan tandas yang lebih selesa untuk para jemaah, bagaimanap­un satu proposal yang lengkap perlu disediakan,” ujarnya semasa mengadakan lawatan kerja di Masjid Ar Rayyan Miri, semalam.

Dr Teo berkata, bagi tujuan itu pihak Jawatankua­sa Masjid Ar Rayyan Miri perlu mengemukak­an kos pembinaan, reka bentuk dan gambar yang sesuai bagi tujuan penilaian ICU.

“Jika ada dokumen yang lengkap dan projek diluluskan ICU, maka mereka akan membuka tender kepada kontraktor untuk membina projek tandas baharu ini,” jelasnya.

Pengerusi Masjid Ar Rayyan Kiprawi @Othman Mohamad berkata, keadaan tandas di masjid itu kurang selesa bagi para jemaah.

Sehubungan itu, pihaknya memohon agar kerajaan persekutua­n menyalurka­n dana untuk membina baharu tandas rumah ibadat berkenaan.

“Kita juga memohon tangki air yang berkapasit­i besar untuk memudahkan para jemaah mengambil wuduk, mencuci kawasan masjid dan sebagainya,” ujarnya.

Kiprawi juga berharap seorang ketua kaum dilantik di kawasan berkenaan bagi memudahkan urusan rasmi berkaitan pengesahan dokumen penting.

Isu itu katanya, telah dikemukaka­n kepada wakil rakyat sebelum ini namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas positif.

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini, Dr Teo turut menyumbang­kan RM3,000 kepada Masjid Ar Rayyan Miri.

 ??  ?? SUMBANGAN AIDILADHA: Dr Teo (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Jawatankua­sa Masjid Ar Rayyan Miri sempena sambutan Aidiladha hari ini.
SUMBANGAN AIDILADHA: Dr Teo (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Jawatankua­sa Masjid Ar Rayyan Miri sempena sambutan Aidiladha hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia