Utusan Borneo (Sarawak)

Projek kereta terbang tidak libat perbelanja­an kerajaan

-

CYBERJAYA: Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menegaskan bahawa projek kereta terbang tidak melibatkan perbelanja­an kerajaan sebaliknya ia adalah dasar kerajaan dalam menggalakk­an budaya inovasi untuk berkembang dalam kalangan rakyat.

Malah, beliau berkata projek kereta terbang pertama negara masih dalam peringkat sedang dibangunka­n dan dijangka akan dipamerkan pada tahun ini.

“Satu bentuk perniagaan bermula daripada hobi. Negara-negara lain sudah pun maju ke depan dan saya tiada masalah jika ia dikatakan sebagai hobi sebab ia tidak melibatkan satu sen pun perbelanja­an kerajaan. Tetapi, ini adalah permintaan daripada golongan yang mahu bergiat dalam industri ini.

“Kita sebagai kerajaan bertanggun­gjawab untuk mereka agar diberi ruang untuk berkecimpu­ng dalam industri ini walaupun ia adalah hobi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kohort ketiga Program Pemacu Global di sini kelmarin.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang didakwa tidak bersetuju dengan idea projek kereta terbang yang dianggap tidak sepatutnya diangkat sebagai projek nasional, sebaliknya hanya hobi peribadi.

Mohd Redzuan berpendapa­t Rafidah kurang faham mengenai hasrat Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan untuk membangunk­an industri kereta terbang tempatan di negara ini.

“Kalau kita buat apa sekalipun, kita kena bermula perniagaan itu dengan bentuk hobi.

“Tetapi hobi itu tidak boleh dikembangk­an sekiranya kita tidak mewujudkan ruang, ekosistem dan undang-undang untuk merancakka­n lagi hobi itu yang boleh menjadi perusahaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Mohd Redzuan bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada Majlis Pelancaran Kohort Ketiga Program Pemacu Global di Pusat Inovasi Dan Kreativiti Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Mohd Redzuan bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada Majlis Pelancaran Kohort Ketiga Program Pemacu Global di Pusat Inovasi Dan Kreativiti Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia