Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia terima pesawat A330neo pertamanya

Ia bakal membawa perubahan dalam kecekapan bahan bakar bagi operasi jarak jauh AirAsia

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah menerima pesawat A330neo pertamanya, yang akan beroperasi bagi syarikat bersekutu jarak jauhnya AirAsia X Thailand.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu berkata pesawat itu diterima menerusi pemberi pajak Avolon dan menjadi antara dua set A330neo yang pertama untuk menyertai kumpulan pesawat syarikat penerbanga­n itu pada akhir tahun.

“Menerusi cirinya yang ekonomik, A330neo akan membawa perubahan dalam kecekapan bahan bakar bagi operasi jarak jauh AirAsia.

“A330neo generasi baharu itu akan ditempatka­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Don Mueang Bangkok di Thailand, bagi menyokong pertumbuha­n dan rancangan peluasan rangkaian syarikat penerbanga­n ke pasaran utama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

AirAsia berkata A330-900 AirAsia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfiguras­i dua kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.

“Syarikat bersekutu jarak jauh AirAsia iaitu AirAsia X ketika ini beroperasi menggunaka­n pesawat 36 A330300 dan merupakan pelanggan terbesar bagi A330neo dengan sudah menerima 66 tempahan.

“A330neo merupakan pesawat generasi baharu sebenar bercirikan A330 badan lebar paling popular dan menggunaka­n teknologi A350 XWB,” katanya.

Menggunaka­n enjin kuasa Rolls-Royce Trent 7000 terkini, A330neo menawarkan tahap kecekapan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini -- dengan bahan bakar 25 peratus lebih rendah bagi setiap tempat duduk berbanding generasi pesaing sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia