Utusan Borneo (Sarawak)

Co-opbank Pertama peruntuk pembiayaan RM650 juta bagi kempen Money4Merd­eka

-

KUALA LUMPUR: Coopbank Pertama (CBP) memperuntu­kkan pembiayaan sebanyak RM650 juta bagi kempen #M4M (Money4Merd­eka) yang akan berlangsun­g selama enam bulan bermula 15 Ogos 2019 sehingga 15 Februari 2020.

Pengerusin­ya Kamari Zaman Juhari berkata kempen #M4M ini bertujuan memberi peluang kepada pelanggan untuk menyatukan syer komitmen kewangan dengan menyertai pembiayaan persendiri­an bersama CBP yang menawarkan potongan serendah 3.9 peratus.

“Penyatuan komitmen ini dapat memberi ruang kebebasan kewangan kepada pelanggan di mana komitmen-komitmen kewangan di institusi lain telah disatukan ke dalam satu akaun pembiayaan di CBP.

“Sepanjang tempoh kempen, setiap pembiayaan persendiri­an yang diluluskan Iayak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah pangsapuri, pakej tajaan umrah atau pelanconga­n dan sebuah telefon pintar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n kempen #M4M itu, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nor Abd Razak berkata CBP dijangka membuka semula keahlian sekurang kurangnya dalam tempoh enam bulan atau setahun, bergantung kepada keperluan perniagaan semasa yang merangkumi pembiayaan peribadi, arrahnu, pembiayaan kepada sektor korporat dan koperasi.

“Setakat ini jumlah keahlian direkodkan sebanyak 92,000 orang termasuk individu dan koperasi seluruh Malaysia.

“Keputusan untuk menerima keahlian baru tertakluk kepada kajian yang sedang dijalankan dan akan diketahui sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Mohd Nor berkata, CBP mencatatka­n purata penerimaan ahli sebanyak 4,000 hingga 5,000 setiap tahun, manakala terdapat peningkata­n mendadak bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 7,000 ahli.

“Kita terpaksa membekukan pengambila­n ahli baru memandangk­an jumlah modal perniagaan yang direkodkan CBP melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Pada majlis yang sama juga, penyampaia­n hadiah untuk kempen bonanza dan kempen labur dan maju juga diadakan kepada anggota syer yang bertuah.

Pemenang tempat pertama kempen bonanza yang bermula pada 1 September 2017 sehingga 31 Disember 2018, Azman Mohd Salam, membawa pu|ang sebuah kereta Honda Civic 1.8S.

Manakala pemenang utama kempen melabur dan maju, Shahrubaha­rin Yusoff memenangi bar emas bernilai RM 10,000 sebagai pelabur paling tinggi sepanjang kempen dijalankan pada 1 Ogos 2018 hingga 31 Disember 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia