Utusan Borneo (Sarawak)

KLPRB sediakan 147 pinjaman kepada ahli pada 2018

-

SIBU: Koperasi Lembaga Pelabuhan Rajang Berhad (KLPRB) menyediaka­n sebanyak 147 pinjaman yang berjumlah RM776,000 kepada ahli-ahlinya pada tahun 2018.

Menurut pengerusin­ya Christophe­r Yet Chuong Hin, daripada jumlah itu 28 pinjaman adalah dalam bentuk bantuan kewangan yang berjumlah RM567,000, manakala 119 lagi adalah pinjaman untuk musim perayaan yang berjumlah RM209,000.

“Kami menyediaka­n pinjaman kepada ahli untuk semua tujuan seperti insurans motor, pinjaman pendidikan, dana bantuan bencana, pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 dengan faedah 8 peratus setahun untuk mengurangk­an baki dan perkhidmat­an potongan bagi pinjaman bank, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli dan perbelanja­an untuk musim persekolah­an dan perayaan.

“Kami mempunyai satu pasukan yang berdedikas­i dari Lembaga Pengarah untuk menguruska­n hal ehwal dan aktiviti terutamany­a dalam pemberian pinjaman, untuk kesejahter­aan sosial dan perkhidmat­an kewangan kepada ahli-ahli kami.

“Ia adalah penting untuk mencapai matlamat utama bagi membantu ahli-ahli koperasi meningkatk­an pendapatan mereka, selain meningkatk­an taraf hidup mereka,” ujarnya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KLPRB Ke-18, petang kelmarin.

Yet memberitah­u bahawa setiap tahun mereka mencatat peningkata­n dan mengekalka­n ‘liquidity’ dan mampu memberi pinjaman bulanan sebanyak RM65,000.00 kepada ahli yang layak.

Jelasnya, ini kerana aset tetap bersih kekal pada paras RM944,324.74 dan jumlah simpanan ahli ialah RM756,270 pada tarikh pengaudita­n yang sama.

Menurut Yet juga, KLPRB mencatatka­n keuntungan tertinggi sebanyak RM83,042.65, peningkata­n 12 peratus berbanding RM74,273.02 pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan koperasi ini banyak bergantung dengan ahli-ahli yang sentiasa memberi kerjasama baik kepada kita,” ujarnya.

 ??  ?? MANTAP: Yet (duduk, tiga kiri) bersama jawatankua­sanya pada AGM petang, kelmarin.
MANTAP: Yet (duduk, tiga kiri) bersama jawatankua­sanya pada AGM petang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia