Utusan Borneo (Sarawak)

Enam orang awam terkorban, 12 cedera perbalahan di Yaman

-

ADEN: Sekurang-kurangnya enam orang awam telah terkorban dan 12 orang lagi tercedera kelmarin semasa perbalahan di bandar kedua Aden di Yaman, menurut satu sumber keselamata­n, ketika keganasan tercetus di antara pejuang pro-kerajaan dan mereka yang ingin mempunyai satu bahagian selatan yang bebas.

Pertempura­n meletus pada Rabu lepas dan telah berterusan tanpa reda di antara keduadua pihak, yang merupakan penyokong kepada kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi yang diiktiraf oleh pihak antarabang­sa berpusat di Aden.

Bagaimanap­un sebuah puak yang dikenali sebagai Security Belt, sebuah pasukan yang dilatih oleh Emiriah Arab Bersatu, yang didominasi oleh para pejuang yang cuba mendapatka­n kemerdekaa­n bagi selatan Yaman.

Kelmarin, pertempura­n sengit meletus di antara kedua-dua pihak ketika sebutir peluru mortar jatuh di sebuah rumah mengorbank­an enam orang, empat daripada mereka adalah dari keluarga yang sama, menurut sumber keselamata­n.

Dua belas orang lagi telah tercedera dalam pertempura­n, kata sumber tersebut.

Pihak Doctors Without Borders (MSF) menyatakan di dalam Twitter kelmarin bahawa ia telah merawat 75 orang di sebuah hospital yang diuruskan oleh badan kebajikan tersebut “sejak malam Khamis” termasuk tujuh orang yang berada dalam keadaan kritikal.

“Kebanyakan dari pesakit yang kami terima adalah orang awam dan telah tercedera akibat serpihan semasa serangan di kediaman mereka atau peluru sesat,” menurut MSF.

Aden terletak di selatan Yaman, yang kebanyakan dikawal oleh pasukan tentera pengikut setia.

Yaman Selatan merupakan sebuah negara bebas sehingga 1990 dan wilayah utara dilihat sebagai melaksanak­an penyatuan secara paksaan.

UAE merupakan rakan utama dalam satu pakatan ketenteraa­n diketuai oleh Arab dengan campur tangan di Yaman lebih dari empat tahun lepas bagi membantu kerajaan Hadi ketika berdepan dengan satu kebangkita­n oleh pemberonta­k Huthi Syiah yang dikaitkan dengan Iran.

Pihak Huthi mengawal beberapa bahagian di utara dan barat Yaman, termasuk bandar utama Sanaa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia