Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh di Walmart Texas akui sasar bunuh ‘rakyat Mexico’

-

WASHINGTON: Pemuda Texas berusia 21 tahun yang telah membunuh 22 orang di sebuah pasar raya Walmart El Paso memberitah­u pihak polis selepas penahanann­ya bahawa dia sedang menyasarka­n “rakyat Mexico”, menurut satu waran tangkap yang dikeluarka­n kelmarin oleh media AS.

Dokumen itu mendakwa Patrick Crusius, dari Allen, Texas, dengan pembunuhan turut menjelaska­n kesan bagi penahanann­ya, menyatakan dia melangkah keluar dari kenderaann­ya ketika dikepung oleh polis, mengangkat tangannya ke udara dan menyatakan “Sayalah penembak itu.”

Di ibu pejabat polis, Crusius telah mengetepik­an haknya untuk terus berdiam diri atau mempunyai kehadiran seorang peguam serta memberitah­u para detektif bahawa “sasarannya adalah ‘rakyat Mexico.’” Menurut dokumen tersebut, diperolehi oleh The Washington Post dan lain-lain.

Sebelum melakukan serangan pada Sabtu lepas, Crusius telah mengeluark­an satu manifesto ketuanan kulit putih di atas talian yang menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai satu “penaklukan Hispanik” di Texas.

Lapan orang terbunuh dalam amukan merupakan rakyat Mexico dan ramai daripada mangsa lain adalah rakyat Amerika dengan asal usul Hispanik.

Di dalam manifesto itu, Crusius mendakwa dia sebagai “mempertaha­nkan” Amerika Syarikat “dari penggantia­n budaya dan etnik yang dibawa melalui satu penaklukan” dan merujuk kepada kejadian tembakan di Christchur­ch di New Zealand, di mana seorang lelaki bersenjata kulit putih membunuh 51 orang penganut di dua masjid pada Mac lepas.

El Paso adalah kira-kira sembilan jam perjalanan dari Allen, di mana Crusius tinggal, dan kelihatan sebagai sengaja memilih bandar itu kerana populasi Hispanikny­a yang ramai.

El Paso terletak di Rio Grande River yang menandakan sempadan AS dengan Mexico.

Ia mempunyai satu populasi seramai 680,000, di mana 83 peratus adalah keturunan Hispanik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERANI MATI: Gambar fail dari rakaman CCTV yang disiarkan oleh Siaran Berita KTSM 9, kelihatan penembak dikenali Patrick Crusius memasuki pasar raya Walmart El Paso pada 3 Ogos lalu.
— Gambar AFP BERANI MATI: Gambar fail dari rakaman CCTV yang disiarkan oleh Siaran Berita KTSM 9, kelihatan penembak dikenali Patrick Crusius memasuki pasar raya Walmart El Paso pada 3 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia