Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan kuat Lekima membadai tenggara China

-

SHANGHAI: Taufan kuat Lekima telah membadai ke bahagian tenggara China pada awal semalam, membawa bersama hujan lebat dan angin kuat yang telah menumbangk­an tiang elektrik dan ribuan pokok serta memaksa lebih dari sejuta orang meninggalk­an kediaman mereka, lapor media negara.

Ribut gergasi yang melanda pada awal pagi di Bandar Wenling membawa angin sekuat 187 kilometer sejam, dan telah dijangka akan menuju ke pantai timur ke arah Shanghai, menurut agensi berita Xinhua.

Lebih banyak hujan lebat telah diramalkan bagi kawasan Shanghai termasuk di wilayah timur seperti Anhui, Fujian, Jiangsu dan Zhejiang, dengan pihak berkuasa memberikan amaran mengenai kemungkina­n banjir kilat, gelongsora­n lumpur dan tanah runtuh akibat hujan lebat.

Di wilayah Zhejiang sahaja, hampir 300 penerbanga­n telah dibatalkan, dan perkhidmat­an feri dan kereta api telah ditangguhk­an sebagai satu langkah berhati-hati.

Lebih suku dari sejuta orang telah ditempatka­n semula di Shanghai, di mana kereta api berkelajua­n tinggi yang menghubung­kan bandar dengan salah satu dari lapangan terbangnya telah ditangguhk­an.

Lebih dari 110,000 orang ditempatka­n di rumah penempatan sementara.

China mengeluark­an satu amaran merah ketika ribut menghampir­i kelmarin, sebelum menurunkan paras kepada jingga apabila angin mulai reda pada pagi semalam.

Ribut pada mulanya telah melalui hujung utara Taiwan kelmarin, menyebabka­n sembilan tercedera, ribuan rumah terputus bekalan elektrik buat sementara waktu dan lebih dari 500 penerbanga­n telah dibatalkan.

Pada September lepas, Taufan Mangkhut telah melanda tanah besar China di mana pihak berkuasa telah memindahka­n lebih dari dua juta penduduk, selepas ia meninggalk­an satu kesan kemusnahan di Hong Kong dan Macau serta mengorbank­an sekurang-kurangnya 59 orang di utara Filipina. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? TERJEJAS: Ombak membadai dinding penghadang yang berada di hadapan bangunan di Taizhou, wilayah Zhejiang timur China kelmarin.—
Gambar AFP TERJEJAS: Ombak membadai dinding penghadang yang berada di hadapan bangunan di Taizhou, wilayah Zhejiang timur China kelmarin.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia