Utusan Borneo (Sarawak)

Del Toro dapat bintang Hollywood

-

PENGARAH Mexico Guillermo del Toro baru-baru ini diberi penghormat­an dengan sebuah bintang di Hollywood’s Walk of Fame, di mana dia menggesa pendatang lain untuk menolak ketakutan dan perpecahan di Amerika Syarikat.

Pembuat filem berusia 54 tahun yang memenangi dua anugerah Oscar itu terkenal kerana mencipta dunia di luar realiti yang penuh dengan raksasa khayalan dalam filem seperti ‘Pan’s Labyrinth’ dan ‘The Shape of Water’.

Bercakap selepas kejadian tembakan beramai-ramai di El Paso, dia memberitah­u orang ramai bahawa “ketakutan yang hebat” sedang digunakan untuk memecah-belah rakyat, tetapi “perpecahan itu adalah khayalan sepenuhnya”.

“Apabila orang kata ‘Anda hidup dalam fantasi’, saya kata ‘Tidak. Ahli politik hidup dalam fantasi, gereja hidup dalam fantasi, saya tidak. Saya berurusan dengan hakikat jiwa dan ceritaceri­ta.”

Dia menambah: “Jangan mempercaya­i pembohonga­n yang mereka sebut mengenai kita. Percaya kepada cerita yang ada di dalam diri anda dan percaya bahawa semua kita dapat membawa kelainan.”

Del Toro meninggalk­an Mexico pada 1998 selepas bapanya diculik untuk wang tebusan sebanyak AS$1 juta yang dia hanya mampu bayar dengan bantuan seorang lagi pengarah James Cameron.

Dia kini dikenali sebagai seorang daripada ‘tiga amigo’ dalam dunia perfileman Mexico bersama dua lagi pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar, Alejandro Gonzalez Inarritu (‘Birdman’, ‘The Revenant’) dan Alfonso Cuaron (‘Gravity’).

Dia memberitah­u orang ramai bagaimana mencari bintang legenda filem seram Boris, Karloff, Lon Chaney dan Alfred Hitchcock di laluan jalan kaki Tinseltown pada zaman 1970an telah memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta alam semesta seramnya yang masyhur.

“Apa yang saya rasai dengan bintang-bintang tersebut ialah terdapat orang yang aneh seperti saya dan mereka berada di sini, jadi itu telah memberi harapan kepada saya,” katanya.

“Bintang ini adalah untuk anda, semua anda yang rasa aneh untuk datang dan duduk seketika.”

Pembuat filem ‘Star Wars’ J.J. Abrams dan penyanyi Lana Del

Rey menghadiri majlis berkenaan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia