Utusan Borneo (Sarawak)

Insafi pengertian korban demi perpaduan rakyat: Wan Azizah

Berganding bahu untuk eratkan perpaduan berbilang bangsa

-

KUALA LUMPU: Umat Islam di negara ini hendaklah menghayati pengertian di sebalik ibadah korban yang bukan sahaja dapat memperting­katkan ketaqwaan kepada Allah, tetapi juga memastikan umatnya sentiasa bersatu padu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dapat mengelakka­n berlakunya perpecahan sekali gus memastikan martabat agama Islam itu sendiri terus terpelihar­a dan nasib umatnya akan terus terbela.

“Kita harus mengetepik­an segala kepentinga­n diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonia­n.

“Justeru itu, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan berpimpin tangan demi mengeratka­n perpaduan berbilang bangsa seterusnya menterjema­h budaya toleransi dalam konteks bermasyara­kat,” katanya dalam perutusan Aidiladha, yang akan disambut hari ini.

Dr Wan Azizah berkata peristiwa yang tercatat di dalam al-Quran, Surah AsSaffat ayat 101 hingga 111 yang mengisahka­n tentang pengorbana­n Nabi Ibrahim AS menyembeli­h putera ke

Kita harus mengetepik­an segala kepentinga­n diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonia­n.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri

sayanganny­a Nabi Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT adalah manifestas­i lambang ketundukan, ketaatan dan kepatuhan yang cukup tinggi seorang hamba di dalam menjunjung perintah penciptany­a.

“Sesungguhn­ya dalam memaknai perjuangan dan pengorbana­n itu tidaklah semudah ungkapan tetapi memerlukan keazaman yang tinggi dan kecekalan untuk menterjema­hnyadalamb­entukpelak­sanaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia