Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Nora Anne akhirnya bersuara, ucap terima kasih kepada pasukan SAR

-

NILAI: Selepas seminggu berdiam diri, keluarga remaja perempuan berdarah campuran Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akhirnya tampil buat pertama kali untuk menyatakan terima kasih mereka kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada satu pertemuan di resort berkenaan, semalam.

Video singkat dikongsi oleh polis pagi semalam, menunjukka­n bahawa ibu Nora, Meabh Jaseprine Quoirin yang diiringi suami, Sebastian Marie Philipe, membuat satu kenyataan ringkas.

Video berdurasi satu minit itu menunjukka­n ibu Nora dengan genangan air mata menyatakan penghargaa­n kepada pasukan SAR yang bertungkus-lumus mencari anaknya sejak hari dia dilaporkan hilang.

“Selamat pagi semua. Kami mahu mengucapka­n terima kasih kepada setiap anda, kami mengetahui anda mencari Nora siang dan malam.

“Kami melihat anda bekerja kuat, juga berdoa untuk kami, bersama-sama kami. Kami tahu anda telah mengorbank­an masa terutama menjelang perayaan istimewa ini (Aidiladha) untuk bersama-sama kami di sini, ia bermakna dunia kepada kami.

“Kami amat bersyukur atas setiap yang anda lakukan untuk kami, untuk semua orang di sini dan semua orang yang membantu dan tidak berada di sini,” katanya.

Difahamkan perjumpaan dengan pasukan operasi SAR itu diadakan di resort berkenaan. Video itu dirakamkan oleh polis dan dikongsi dengan media.

Operasi SAR memasuki hari ketujuh semalam, yang diperkuatk­an dengan penglibata­n unit khas Polis Diraja Malaysia, komando VAT 69 dan Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) meneruskan usaha mencari remaja berkenaan.

Nora Anne tiba di resort berkenaan dari London pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu.

Remaja berkeperlu­an khas itu didapati hilang dari biliknya pada 8.00 pagi hari berikutnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Meabh, Ibu kepada Nora Anne bersama suaminya, Sebastian memberi kata-kata kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada perjumpaan tertutup di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) susulan mangsa yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu di sebuah resort di Pantai, dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama SEDIH: Meabh, Ibu kepada Nora Anne bersama suaminya, Sebastian memberi kata-kata kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada perjumpaan tertutup di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) susulan mangsa yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu di sebuah resort di Pantai, dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia