Utusan Borneo (Sarawak)

Agenda perpaduan perlu letak Islam sebagai paksi: Ahmad

-

KOTA BHARU: Apa sahaja perpaduan dan kesatuan mestilah meletakkan agenda Islam sebagai keutamaan yang dipaksikan dengan keimanan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata pertalian keimanan inilah yang memperkuku­h hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh.

“Mengambil ibrah (pengajaran) daripada ibadat haji yang melatih umat Islam bersatu dan meninggika­n syiar Islam dan berganding bahu menegakkan agama Allah.

“Di padang Arafah, misalnya, semangat perpaduan dan persaudara­an umat Islam amat erat. Tidak kira pangkat apa pun mereka, baik raja, rakyat biasa, miskin atau kaya semuanya berpakaian seragam berwarna putih bersama-sama mengabdika­n diri kepada Allah SWT yang Maha Esa dan Agung,” katanya dalam Perutusan Aidiladha 1140 Hijrah di sini, semalam.

Beliau berkata paling penting ibadat haji mampu mendidik dan membersihk­an umat Islam daripada sifatsifat mazmumah (keji) dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

Sempena dengan Hari Raya Haji, yang akan disambut hari ini, beliau mengajak semua umat Islam untuk sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjaka­n ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamata­n dan dianugerah­kan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali syurga.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha’ kepada seluruh umat Islam. Maaf zahir batin daripada saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri, semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengampuni seluruh dosa kita sempena hari Arafah 09 Zulhijah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia