Utusan Borneo (Sarawak)

Identiti mangsa kemalangan maut dikenal pasti

Enam mangsa maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin

-

MELAKA: Polis mengenal pasti identiti enam mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitka­n tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­den A. AsmadiAbdu­lAzizberka­takemalang­an tesebut membabitka­n kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max serta sebuah treler tanpa muatan.

“Lima sekeluarga yang menaiki kereta Isuzu D-Max itu dikenali sebagai Azahar Ahmad, 57, iaitu pemandu dan Habibah Ahmad, 62, iaitu kakak kepada Azahar yang merupakan penumpang duduk di sebelah pemandu.

“Turut maut pada kejadian tersebut ialah isteri mangsa, Halimahtun Aris Padzil, 24, dua anak pemandu iaitu Alia, 17, dan Alisa, 15, yang duduk di bahagian penumpang di

Lima sekeluarga yang menaiki kereta Isuzu D-Max itu dikenali sebagai Azahar Ahmad, 57, iaitu pemandu dan Habibah Ahmad, 62, iaitu kakak kepada Azahar yang merupakan penumpang duduk di sebelah pemandu.

Superinten­den A. Asmadi Abdul Aziz

belakang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pemandu Mitsubishi Triton yang meninggal dunia pula dikenali sebagaiWan­gChowKuang,51, manakala anak perempuann­ya, Wang Yi Tong, 2, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

A. Asmadi berkata pemandu

Ketua Polis Daerah Alor Gajah

treler tersebut bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, waris mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Azri yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka, memaklumka­n jenazah Azahar dan Habibah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Brisu, Simpang Ampat.

Katanya jenazah dua beradik iaitu Alia dan Alisa akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Yong Peng, Johor, manakala jenazah Halimahtun akan dikebumika­n di Kampung Changkat Tin, Perak.

Menurutwar­isWang,jenazah lelaki itu akan dibawa ke rumah keluargany­adiMachapU­mboo, Alor Gajah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Enam mayat mangsa kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dibawa naik ke dalam kenderaan polis dari bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk ke Hospital Melaka dekat Alor Gajah, semalam.
— Gambar Bernama MAUT: Enam mayat mangsa kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dibawa naik ke dalam kenderaan polis dari bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk ke Hospital Melaka dekat Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia