Utusan Borneo (Sarawak)

APMM jalankan operasi cari lelaki jatuh bot ketika ribut

-

ALOR SETAR: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah semalam menjalanka­n operasi mencari seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari bot yang dinaiki ketika kejadian ribut di sekitar perairan Titi Tok Arab, Jerlun dekat sini malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata mangsa Azimat Hasan, 62, disyaki terjatuh dari bot fiber semasa keadaan cuaca buruk dan laut bergelora malam kelmarin.

“Kita menerima maklumat kejadian pada jam 9.50 malam daripada anak mangsa. Selepas itu, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada 10.15 malam tetapi tidak dapat diteruskan berikutan cuaca buruk dan had penglihata­n yang terhad.

“Bot Kilat 29 yang diarahkan untuk menjalanka­n pencarian juga terpaksa berpatah balik kerana ombak tinggi antara tiga hingga lima meter,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya maklumat berkaitan kejadian juga turut disalurkan kepada agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata operasi telah disambung semula pada 7 pagi semalam yang melibatkan kawasan pencarian sejauh 17 batu nautika.

“Kelajuan angin hari ini sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak antara 1 hingga 1.5 meter. Kita telah menubuhkan pangkalan hadapan CARILAMAT di kawasan titi berkenaan.

“Operasi juga disertai nelayan yang turut turun ke laut bagi membantu mencari mangsa,” katanya. — Bernama MELAKA: Seorang ibu tidak menyangka salam dua anak perempuann­ya sebelum ke Perak bersama bapa mereka adalah sentuhan terakhir apabila dua remaja itu maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam kelmarin.

Rosziati Muktar, 36, berkata beliau bertemu anak sulungnya Alia Azhar, 17, dan anak keduanya Alissa, 15, yang tinggal bersama ibu bapanya di Yong Peng, Johor pada Khamis.

“Tak sangka. Ketika saya menghantar barangan dapur ke rumah Mak di Yong Peng iaitu tempat mereka tinggal sejak kecil, mereka salam saya berkali-kali, dah salam selepas itu salam lagi, saya kata dah salam berapa kali nak salam dan Alissa jawab, ye ke ibu, dah salam?

“Baru-baru ini mereka kerap kemas kini status di aplikasi WhatsApp menyatakan teringin pergi jalan-jalan seperti mandi di taman tema di Batu Pahat selepas Hari Raya Aidiladha dan saya pun telah merancang cuti pada Selasa depan, namun semuanya tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini semalam.

Rosziati yang bekerja di Batu Pahat sebagai Perunding Kecantikan itu berkata sejak kira-kira lapan tahun berpisah dengan suaminya Azhar Ahmad, 57, yang turut maut dalam kejadian itu, Alia dan Alissa serta anak bongsunya, Arshad, 14, tinggal bersama ibu dan bapanya Yong Peng.

Katanya kedua-dua anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seth, Yong Peng ingin melanjutka­n pelajaran dalam bidang kecantikan kerana bercita-cita menjadi perunding kecantikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia