Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakyat Singapura hilang ketika kayak di perairan Mersing

-

JOHOR BAHRU: Kawasan operasi bagi mencari dan menyelamat dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Mersing, dua hari lepas, diperluask­an sehingga 150 batu nautika persegi, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) bagi Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata pencarian itu yang bermula dari Tanjung Resang, Mersing sehingga Kuala Rompin, Pahang adalah penambahan kepada 15 batu nautika persegi kawasan pencarian, kelmarin.

Operasi kali ini melibatkan sebuah aset udara dan tiga bot Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia selain disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Satu Pangkalan Hadapan Carilamat turut ditubuhkan di Jeti Penumpang Penyabong, Endau sejak kelmarin dan Operasi SAR akan dijalankan selama 24 jam tanpa henti, katanya kepada Bernama, di sini, semalam.

Kelmarin, dua rakyat Singapura yang bersahabat iaitu Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang kira-kira jam 5.40 petang ketika berkayak di perairan Mersing.

Kedua-duanya (Tan dan Puah) memulakan aktiviti berkayak bersama 15 lagi rakan lain di Jeti Penyabong, Mersing pada 10 pagi.

Namun kira-kira 5.40 petang, semasa berada antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang di perairan Endau dekat Mersing mereka dipercayai terpisah daripada rakannya berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Usahamenca­riTandanPu­ah dilakukan rakan-rakannya, namun gagal menyebabka­n seorang daripada rakan-rakannya membuat laporan di Balai Polis Rompin, Pahang, 10.30 pagi kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia