Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut Perlis: Peniaga kesal hasil jualan dicuri

-

KANGAR: Beberapa peniaga di Dataran 350 di sini, berdepan detik cemas apabila khemah perniagaan mereka tumbang dalam kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda hampir seluruh negeri ini selama sejam bermula kira-kira jam 8.00 malam kelmarin.

Lebih menyedihka­n hasil jualan mereka sempena Hari Raya Aidiladha sejak beberapa hari lepas ‘hilang’ disyaki ‘diambil’ individu yang tidak bertanggun­gjawab.

Seorang peniaga, Hazdi Zairi Abd Razak, 30, berkata semasa bencana itu, suasana menjadi kelam-kabut sehingga beliau tidak sempat menyelamat­kan barangan jualannya.

“Dalam keadaan itu, mungkin ada orang mengambil kesempatan mencuri. Saya yang menjual minyak wangi dan pakaian tidak dapat berbuat apa-apa, hanya berserah kepada Allah SWT,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Nordin Harun, 53, dari Kuala Perlis yang berniaga pakaian dan permainan kanak-kanak, berkata beliau mengalami kerugian kira-kira RM15,000 kerana tidak sempat menyelamat­kan barang perniagaan­nya.

Sambil melahirkan rasa terkilan kerana hasil jualannya turut ‘dikebas’, Nordin berkata semasa kejadian, beliau sedang melayan pelanggan, sebelum secara tiba-tiba angin kencang beserta hujan lebat mengakibat­kan barang miliknya rosak.

Tinjauan mendapati lebih 20 peniaga yang berniaga di situ turut mengalami nasib sama.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mula membuat bancian kerosakan dan kerugian yang dialami peniaga berkenaan.

Difahamkan berpuluh rumah dan premis perniagaan rosak di samping berlakunya kemalangan jalan raya susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang itu.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi, bagaimanap­un berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat bencana itu, setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBALI TENANG: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kontraktor Tenaga Nasional Berhad membersihk­an kesan ribut di Jalan Pantai Tengah Langkawi dekat Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama KEMBALI TENANG: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kontraktor Tenaga Nasional Berhad membersihk­an kesan ribut di Jalan Pantai Tengah Langkawi dekat Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia