Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp ingin tamatkan derita 30 tahun kejuaraan ‘The Reds’

Kecederaan Becker tamparan hebat kepada pasukan ketika mereka memulakan musim baharu dengan kemenangan 4-1

-

LIVERPOOL: Liverpool mungkin akan bermain tanpa penjaga gol yang memberi inspirasi Alisson Becker selama beberapa minggu selepas pemain Brazil itu mengalami kecederaan betis dalam kemenangan 4-1 kelmarin ke atas Norwich untuk memulakan musim Liga Perdana Inggeris dengan bergaya.

Juara Eropah itu mahu menamatkan penantian selama 30 tahun untuk memenangi EPL selepas mereka tewas dengan hanya satu mata sahaja kepada Manchester City pada musim lepas dan meletakkan penanda awal dalam perebutan kejuaraan apabila mereka mendahului 4-0 sebelum waktu rehat.

Jaringan sendiri kapten Norwich Grant Hanley yang malang hanya tujuh minit sahaja selepas sepak mula menetapkan nada bagi musim yang dijangka panjang bagi pasukan The Canaries sebelum Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Divock Origi menyumbat gol apabila Liverpool terus mengasak dari mula lagi.

Bagaimanap­un kegembiraa­n pasukan The Reds terbendung apabila Alison mengalami kecederaan.

“Tidak ada perkara buruk untuk disebut mengenai perlawanan itu selain kecederaan Ali,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp, yang mengesahka­n pemain nombor satunya tidak akan bermain dalam perlawanan Piala Super UEFA pada Rabu ini menentang Chelsea di Istanbul.

“Kita perlu melihat keseriusan­nya dan menanganin­ya.”

Alisson menjaga gol tanpa dibolosi dalam 20 perlawanan pada musim pertamanya dalam EPL dan turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Liverpool memenangi Liga Juara-Juara.

Penjaga gol Sepanyol Adrian hanya menyertai Liverpool pada minggu ini secara percuma selepas Simon Mignolet meninggalk­an kelab itu untuk menyertai Club Brugge.

Namun bekas penjaga gol West Ham itu kini mungkin akan memainkan peranan penting dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk memastikan barisan pemain Klopp tidak memberi kelebihan awal dalam perebutan kejuaraan kepada City sebelum perlawanan rumit menentang Southampto­n dan Arsenal.

Perlawanan kelmarin sudah dimenangi sebelum Alisson meninggalk­an padang apabila dari hantaran rendah Origi, tendangan liar Hanley untuk mengeluark­an bola melepasi Tim Krul yang menjaga gawang Norwich.

Salah, pemenang Kasut Emas dalam setiap daripada dua musim lalu, kemudian membuka akaun jaringanny­a untuk musim ini dengan penyudah yang tenang dari hantaran Roberto Firmino pada minit ke-19.

Walaupun mendahului dengan selesa, Klopp tidak menunggu lama untukmemar­ahi pemainnya kerana bermain sambil lewa selepas hanya kecemerlan­gan Alisson menyelamat­kan gol

KLOPP

sahaja berjaya menghalang Marco Stieperman­n daripada mengurangk­an defisit Norwich.

Beberapa saat kemudian, kedudukan menjadi 3-0 apabila pertahanan buruk Norwich didedahkan sekali lagi untuk memberikan kebebasan kepada Van Dijk untuk menanduk masuk tendangan sudut Salah. Origi juga

tidak dikawal untuk menjadikan kedudukan 4-0 dengan satu tandukan mudah dari hantaran lintang Trent Alexander-Arnold.

Liverpool dapat memburukka­n lagi penderitaa­n pasukan pelawat pada permulaan babak kedua tetapi cubaan Jordan Henderson terkena tiang, Firmino mensia-siakan peluang keemasan di tiang belakang, dan Salah melakukan rembatan yang tersasar sipi.

Bagaimanap­un usaha Norwich yang naik ke liga utama pula yang membuahkan hasil apabila beberapa saat selepas Moritz Leitner melakukan rembatan yang terkena palang gol, Teemu Pukki menyambar untuk melakukan tendangan yang rendah melepasi Adrian.

“Kami mahu bermula dengan beberapa mata tetapi amat gembira sekali dengan jati diri pasukan saya,” kata pengurus Norwich, Daniel Farke, yang menegaskan dia tidak akan membendung hasrat pasukannya untuk menyerang walaupun kualiti adalah lebih tinggi.

“Kami perlu kekal dengan kepercayaa­n kami. Sudah tentulah kami perlu bertahan dengan lebih mantap lagi tetapi pemain saya yang cedera akan kembali dan ini adalah pengajaran bagi beberapa pemain saya kerana butiran kecil dapat membawa kelainan besar.

“Skuad ini dibuat untuk bermain bola sepak ini. Kami perlu kekal dengan prinsip kami, jika kami bertahan sahaja, kami tidak ada peluang dalam liga ini.” — AFP

Tidak ada perkara buruk untuk disebut mengenai perlawanan itu selain kecederaan Ali. Kita perlu melihat keseriusan­nya dan menanganin­ya.

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool

 ?? — Gambar Reuters ?? CEDERA: Becker dipapah keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.
— Gambar Reuters CEDERA: Becker dipapah keluar padang selepas mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.
 ?? — Gambar Reuters ?? CARI GOL: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Norwich City di Anfield, Britain.
— Gambar Reuters CARI GOL: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Norwich City di Anfield, Britain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia