Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund ada ‘rancangan besar’ dalam Bundesliga

-

BERLIN: Kapten Borussia Dortmund Marco Reus berkata pasukannya ada ‘rancangan besar’ untuk musim akan datang selepas mereka mencatatka­n kemenangan 2-0 ke atas kelab divisyen ketiga KFC Uerdingen pada pusingan pertama Piala Jerman kelmarin.

Jaringan Reus pada babak kedua memulakan perjalanan Dortmund ke arah kemenangan yang selesa, hanya seminggu sahaja selepas mereka menewaskan Bayern Munich 2-0 dalam Piala Super Jerman.

“Kedua-dua kemenangan adalah penting bagi kami untuk mencari rentak kami,” kata Reus kepda Sport1.

“Kami belum lagi berada pada tahap kami pada musim lepas, tetapi kami ada ranangan besar pada tahun ini, dan kami mahu menunjukka­nnya apabila Bundesliga bermula pada hujung minggu depan.”

Dortmund, yang akan menerima kunjungan Augsburg dalam perlawanan pembukaan Bundesliga mereka pada Sabtu depan, terpaksa bersabar ketika menentang pertahanan Uerdingen yang tersusun termasuk bekas pemain kegemaran penyokong Dortmund, Kevin Grosskreut­z.

Grosskreut­z, pemenang Piala Dunia pada 2014danpem­enang Bundesliga sebanyak dua kali bersama Dortmund, menafikan jaringan untuk pasukan lamanya pada awal perlawanan apabila dia mengeluark­an bola dari garisan gol.

Pasukan bukan pilihan itu kemudian hampir mengejutka­n Dortmund di gawang lawan sejurus sebelum waktu rehat.

Penyerang Inggeris Osayamen

Osawe melakukan rembatan yang tersasar selepas dia mengambil kesempatan ke atas kesilapan Mats Hummels, yang membuat penampilan pertamanya untuk Dortmund sejak dia kembali dari Bayern Munich pada Jun lalu.

Dortmund, yang tidak risau, menjaringk­an gol pendahulua­n sejurus selepas waktu rehat, apabila Reus menguis masuk bola jauh Manuel Akanji apabila pertahanan Uerdingen hilang tumpuan sepenuhnya buat pertama kali.

Dengan baki 20 minit lagi, Alcacer memastikan perlawanan tidak dapat dimenangi pasukan lawan dengan tendangan percuma terus yang cantik.

Borussia Moenchengl­adbach pula bertarung untuk mencatatka­n kemenangan 1-0 ke atas kelab kecil dari divisyen kedua Sandhausen hasil gol penampilan sulung oleh pemain baharu Marcus Thuram.

Thuram, anak kepada Lilian yang memenangi Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis, menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-19 untuk memulakan pengurusan jurulatih baharu Marco Rose dengan kemenangan.

Kelab divisyen kedua Nuremberg turut mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 1-0 selepas gol kemenangan Nikola Dovedan pada minit ke-87 menumpaska­n kelab divisyen ketiga Ingolstadt.

Bayern, juara piala dan liga bertahan, bertandang ke Energie Cottbus untuk perlawanan pusingan pertama mereka esok (Isnin). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK CEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Jerman di antara KFC Uerdingen 05 dan Borussia Dortmund di Merkur Spiel-Arena di Duesseldor­f, Barat Jerman.
— Gambar AFP DETIK CEMAS: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Jerman di antara KFC Uerdingen 05 dan Borussia Dortmund di Merkur Spiel-Arena di Duesseldor­f, Barat Jerman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia