Utusan Borneo (Sarawak)

Kagawa berpindah ke Real Zaragoza

-

MADRID: Bekas pemain tengah Manchester United (MU) Shinji Kagawa melengkapk­an perpindaha­n yang mengejutka­n dari Borussia Dortmund ke kelab divisyen kedua di Sepanyol Real Zaragoza kelmarin.

Pemain berusia 30 tahun itu menandatan­gani kontrak selama dua tahun bersama Zaragoza yang menduduki tempat ke-15 dalam Divisyen Segunda pada musim lepas dan tidak bermain dalam liga utama sejak 2013.

Kagawa memenangi dua kejuaraan Bundesliga, satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala Jerman dan sebuah Piala Asia bersama Jepun, yang sudah diwakiliny­a di dua kejohanan Piala Dunia dan membuat 97 penampilan.

Dia menyertai Dortmund sembilan tahun lalu ketika berusia 20 tahun dan prestasiny­a yang cemerlang di bawah jurulatih Jurgen Klopp menyaksika­nnya beralih ke MU dan EPL pada 2012.

Pemain tengah Jepun itu kembali ke Dortmund dua tahun kemudian tetapi selepas menjalani kehidupan yang sukar di England, dia bergelut untuk menemui semula prestasi terbaiknya dan menyertai Besiktas pada Januari lalu sebagai pemain pinjaman selama enam bulan.

Kagawa akan diperkenal­kan pada minggu depan di La Romareda dan mungkin akan membuat penampilan sulungnya apabila Zaragoza memulakan musim mereka di stadium sendiri menentang Tenerif pada 17 Ogos.

Satu kenyataan Zaragoza menyebut: “Real Zaragoza dan Borussia Dortmund sudah mencapai persetujua­n bagi perpindaha­n pemain bola sepak Shinji Kagawa, yang menyertai pasukan Zaragoza dengan kontrak bagi dua musim akan datang.”

Dortmund menulis dalam Twitter: “Selepas 7 musim menakjubka­n di Dortmund, kita ucap selamat jalan. Selama-lamanya seorang legenda Hitam dan Kuning.” — AFP

 ??  ?? KAGAWA
KAGAWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia