Utusan Borneo (Sarawak)

Sylvinho ceria pada perlawanan pertamanya

Ligue 1 memulakan musim baharu dengan menyaksika­n Lyon menang selesa 3-0 ke atas Monaco

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak menanggapi kekecewaan penyokong berhubung urusan pasukan The Red Devils dalam jendela perpindaha­n, tetapi memerlukan permulaan yang pantas kepada musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam perlawanan menentang Chelsea pada malam ini (Ahad).

Pengurus itu menikmati permulaan yang menakjubka­n ketika dia menggalas tugas selaku pengendali sementara pada musim lepas, tetapi selepas diberikan jawatan tersebut secara tetap, memenangi hanya satu sahaja daripada sembilan perlawanan terakhir MU pada musim lepas.

Pembinaan semula besarbesar­an pada musim panas diramalkan, malah oleh Solskjaer sendiri, tetapi hanya tiga pemain sahaja sudah tiba iaitu Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James.

Selain itu MU sudah menjual penyerang Romelu Lukaku tanpa menggantik­an pemain Belgium itu untuk meningkatk­an lagi beban menjaringk­an gol ke atas bahu Marcus Rashford, Anthony Martial dan Alexis Sanchez yang tidak menentu.

Solskjaer juga tidak diberkati dengan ramai pemain yang hebat di bahagian tengah. — AFP MONACO: Lyon menewaskan Monaco 3-0 kelmarin dalam perlawanan pertama bagi musim Ligue 1 apabila bekas pemain pertahanan Brazil Sylvinho memulakan kerja sebagai pengurus dengan bergaya sekali dan Cesc Fabregas dilayangka­n kad merah.

Moussa Dembele dan Memphis Depay menjaringk­an gol sebelum dan selepas Fabregas dibuang dari padang pada separuh masa pertama.

Pemain tengah Lucas Tousart menambah gol ketiga dengan baki 10 minit lagi dalam perlawanan menentang pasukan tuan rumah yang mentah dan bermain tanpa bekas kapten Radamel Falcao yang dijangka akan meninggalk­an prinsipali­ti berkenaan sebelum jendela perpindaha­n tutup pada 2 September.

“Saya menyatakan pada minggu ini bahaa kesemua tiga atau empat perlawanan pembukaan dijangka sukar dan Monaco merupakan pasukan lawan yang sukar, saya gembira dengan keputusan perlawanan,” kata pengurus Lyon Sylvinho kepada badan penyiaran Perancis, Canal+.

“Saya harap pasukan saya akan bermain seperti ini, penambahba­ikan sentiasa ada untuk dibuat tetapi saya gembira,” tambah bekas pemenang Liga Juara-Juara itu.

Saya harap pasukan saya akan bermain seperti ini, penambahba­ikan sentiasa ada untuk dibuat tetapi saya gembira.

Sylvinho

Pasukannya menunjukka­n ketumpulan minimum walaupun menyaksika­n tiga pemain berpengaru­h, iaitu bekas kapten Nabil Fekir, pemain pertahanan kiri Ferland Mendy, dan pemain tengah Tanguy Ndombele meninggalk­an kelab pada waktu musim percutian.

Mereka menjaringk­an gol pendahulua­n awal selepas enam minit sahaja dengan satu tandukan kencang daripada Dembele.

Bekas penyerang Celtic itu menewaskan dua pemain pertahanan Kamil Glik dan Jemerson dari Brazil di udara dan cubaannya melepasi pemain Monaco, Benjamin Lecomte, yang membuat penampilan sulung untuk kelabnya.

Peluang terbaik pasukan tuan rumah pada babak pertama diperolehi pemain berusia 22 tahun Benjamin Henrichs sesuku jam kemudian.

Dia menerima bola dari

Jurulatih Lyon

pemain sayap Gelson Martins, tetapi rembatan rendahnya tidak menimbulka­n masalah bagi penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Keadaan berubah daripada buruk kepada lebih teruk bagi pasukan tuan rumah apabila Fabregas, pemain tengah berpengala­man, dilayangka­n kad merah kerana memijak belakang kaki Leo Dubois pada minit ke-30.

Pengadil Ruddy Buquet merujuk insiden itu kepada VAR yang memilih untuk mengeluark­an Fabregas supaya dia dapat mandi awal.

Pasukan Sylvinho menggandak­an kelebihan mereka sembilan minit sebelum penamat masa 45 minit pertama.

Depay, penyerang Belanda, melancarka­n serangan dari luar kotak penalti dengan mengeliruk­an pemain Monaco, Lecomte, untuk mendahului 2-0.

Pengadil menerima siulan ketika kedua-dua pasukan meninggalk­an padang pada waktu rehat apabila penonton yang tidak gembira di Stade Louis II menyuaraka­n rasa tidak puas hati mereka dengan penyingkir­an Fabregas.

Walaupun bermain kurang seorang pemain, pasukan Leonardo Jardim kelihatan lebih berkemungk­inan untuk menjaringk­an gol awal pada babak kedua.

Beberapa gerakan kemas di luar kotak penalti membolehka­n Martins untuk memaksa pemain Lyon, Lopes, bertindak kemas untuk menyelamat­kan gawang dengan kakinya pada minit ke-60.

Bertrand Traore, yang mengumpan bola kepada Dembele untuk gol pertama Lyon, dapat menambah gol ketiga bagi pasukannya tetapi tandukanny­a dari tendangan sudut Depay pada minit ke-65 mencecah tepi jaring.

Lyon memastikan tiga mata penuh 10 minit sebelum tamat untuk menjamin permulaan yang positif bagi Sylvinho.

Dembele memecut di sebelah kiri, menarik bola ke belakang kepda pemain yang dibeli pada musim panas Thiago Mendes yang memberi hantaran kepada Tousart di tepi kotak penalti yang merembat masuk bola separa voley yang kencang.

Pada malam ini (Ahad), juara bertahan Paris Saint-Germain menentang Nimes di ibu negara Perancis. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Monaco dan Lyon di Stade Louis II di Monaco.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Monaco dan Lyon di Stade Louis II di Monaco.
 ??  ?? SYLVINHO
SYLVINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia