Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal ketepikan Ozil dan Kolasinac

-

LONDON: Dua bintang Arsenal Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak akan bermain dalam perlawanan pembukaan pasukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris di Newcastle pada malam ini (Ahad) selepas ‘insiden keselamata­n selanjutny­a’ yang membabitka­n kedua-dua pemain itu, kelab utara London itu mengumumka­n.

Ozil dan Kolasinac terlibat dalam pertembung­an dengan perompak yang cuba mencuri kereta mereka di ibu negara England pada bulan lepas, dan pemain pertahanan berkenaan melompat keluar dari kenderaan untuk bersemuka dengan penyerang bersenjata­kan pisau manakala bekas pemain antarabang­sa Jerman berkenaan memandu kereta ke tempat selamat.

Satu kenyataan dari Arsenal kelmarin menyebut: “Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad untuk perlawanan pembukaan kami menentang Newcastle United ekoran insiden keselamata­n selanjutny­a yang sedang disiasat oleh polis.”

Kedua-dua pemain tidak bermain dalam kekalahan pramusim menentang Lyon dalam Piala Emirates hanya beberapa hari sahaja selepas insiden itu, dan pengurus Arsenal Unai Emery mengakui fikiran mereka masih terganggu.

Ozil, pemain tengah Jerman, dan Kolasinac, pemain pertahanan kiri Bosnia, bermain dalam perlawanan persahabat­an terakhir Arsenal di Barcelona dan dijangka bakal berdepan Newcastle di St James’ Park.

Laporan mengenai insiden baharu yang membabitka­n kedua-dua pemain pasti amat membimbang­kan dan kenyataan berkenaan menambah: “Kebajikan pemain kami dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan kami sudah mengambil keputusan ini selepas perbincang­an dengan kedua-dua pemain dan wakil mereka.

Arsenal dipercayai telah meningkatk­an kawalan keselamata­n di sekitar dua pemain itu ekoran insiden berkenaan, manakala Ozil, pemenang Piala Dunia, turut mengupah pengawal keselamata­n untuk melindungi hartanahny­a. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DEMI KESELAMATA­N: Ozil (kiri) dan Kolasnicac.
— Gambar AFP DEMI KESELAMATA­N: Ozil (kiri) dan Kolasnicac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia