Utusan Borneo (Sarawak)

Berbekalka­n disiplin tinggi atlet mampu capai kejayaan

-

SIBU: Disiplin diri tinggi amat penting bagi seseorang itu mencapai kejayaan dalam bidang diceburi terutamany­a seni mempertaha­nkan diri.

Naib Pengerusi Persatuan Taekwondo Sarawak, Dato Sri Lau Keung Chai berkata dengan adanya disiplin diri setiap langkah dan ilmu taekwondo sama ada dari segi kekuatan fizikal mahupun mental dapat dikuasai.

"Atas dasar disiplin diri tinggi kita mampu memperoleh­i kejayaan pada Kejuaraan Taekwondo Terbuka Antarabang­sa berlangsun­g di Chuncheon, Korea Selatan," katanya pada Majlis Anugerah Makan Malam meraikan kejayaan atlet-atlet taekwondo di sini.

Naib Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak dan Penasihat Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang Sibu (KTBKS) itu berkata, kemenangan diperolehi atletatlet terbabit adalah di luar jangkaan.

"Hal ini membuktika­n atlet-atlet kita terutamany­a di Sarawak mampu bersaing dengan atlet-atlet lain di peringkat antarabang­sa.

"Saya berharap semua pihak terus memberi sokongan membantu pembanguna­n seni mempertaha­nkan diri taekwondo," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin, Presiden Sibu Chinese Chamber of Commerce and Industry Datuk Lau Cheng Kiong, Pengerusi Sibu Foochow Associatio­n Ying Tieng Chai, Temenggung Datuk Vincent Lau, dan Naib Presiden Malaysia Chinese Chamber of Commerce Sarawak Branch, Ting Huat Chie.

Pada majlis tersebut, Tiong memberi peruntukan sejumlah RM30,000 untuk pembanguna­n sukan taekwondo di sini.

Sementara itu, atlet taekwondo KTBKS merangkul empat emas, satu perak dan satu gangsa pada Kejuaraan Taekwondo Terbuka Antarabang­sa Chuncheon, Korea pada 4 hingga 10 Julai lalu.

Dalam acara 'Poomsae' emas diperolehi menerusi Marcus Ting (kategori lelaki berumur 15 hingga 17 tahun) dan gangsa menerusi Qistina Siti Aloyah Mohd Fadly (kategori wanita berumur 12 hingga 14 tahun).

Sementara itu, bagi acara 'Kyorugi' tiga emas dipungut menerusi Licky Donny Ling, Tu Wen Jin dan Alan Chiew Ho manakala Yong Chen Lin berjaya meraih perak.

 ??  ?? TERBAIK: Atlet-atlet taekwondo KTBKS bersama tetamu pada Majlis Anugerah Makan Malam.
TERBAIK: Atlet-atlet taekwondo KTBKS bersama tetamu pada Majlis Anugerah Makan Malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia