Utusan Borneo (Sarawak)

Ayuh sertai Internatio­nal Base Jump Bodybuildi­ng, Physique Championsh­ip

-

SIBU: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) menganjurk­an Internatio­nal Base Jump Bodybuildi­ng and Physique Championsh­ip 2019 sempena Sibu Internatio­nal BASE Jump 2019.

Presidenny­a, Chia Soon Cheong berkata pertanding­an dijadualka­n berlangsun­g di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II pada 14 September depan.

"Pertanding­an terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas dengan yuran pendaftara­n RM50 untuk setiap satu kategori.

"Pertanding­an dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Men's Physique, Men's Bodybuildi­ng (70 kilogram dan ke bawah) dan Men's Bodybuildi­ng (70.1 kilogram dan ke atas).

"Selain itu, hadiah trofi dan wang tunai RM300 menanti pemenang yang bergelar 'Best Poser'," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi kategori Men's Physique, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi, medal dan produk supplement.

Pemenang tempat kedua mendapat hadiah wang tunai RM500, trofi, medal dan produk supplement dan tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM200, trofi, medal dan produk supplement.

"Manakala hadiah wang tunai RM2,000, trofi, medal dan produk supplement menanti juara kategori Men's Bodybuildi­ng dua kategori (70 kilogram dan ke bawah) dan (70.1 kilogram ke atas).

"Pemenang tempat kedua mendapat hadiah wang tunai RM1,000, trofi, medal dan produk supplement dan hadiah wang tunai RM500, trofi, medal dan produk supplement untuk tempat ketiga bagi kedua-dua kategori ini," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Chia Soon Cheong di talian 016-8861015 atau Martin Voon 016-8895600.

Hadir sama pada sidang media ialah Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu, Awang Mohammed Nizam.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Chia (tiga kiri) dan ahli-ahli jawatankua­sa mempelawa orang ramai menyertai Internatio­nal Base Jump Bodybuildi­ng and Physique Championsh­ip 2019.
SERTAI KAMI: Chia (tiga kiri) dan ahli-ahli jawatankua­sa mempelawa orang ramai menyertai Internatio­nal Base Jump Bodybuildi­ng and Physique Championsh­ip 2019.
 ??  ?? RASMI: Lee, Ting dan Yeo bersama peserta pada masjlis perasmian Kejohanan Skuasy CMS Miri di SM Pei Min, Miri semalam.
RASMI: Lee, Ting dan Yeo bersama peserta pada masjlis perasmian Kejohanan Skuasy CMS Miri di SM Pei Min, Miri semalam.
 ??  ?? RAIKAN: Pemain-pemain dan pegawai PC SSC U19 menerima hadiah daripada Fazzrudin (empat kanan) disaksikan Timbalan Presiden KDFA, Kamaluddin Akil (tiga kiri) di Kuching kelmarin.
RAIKAN: Pemain-pemain dan pegawai PC SSC U19 menerima hadiah daripada Fazzrudin (empat kanan) disaksikan Timbalan Presiden KDFA, Kamaluddin Akil (tiga kiri) di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia