Utusan Borneo (Sarawak)

Perumpamaa­n Raja dalam Shogi

-

NAZIRAH membetulka­n tudung singkatnya. Dia tengah membuat siaran langsung di akaun Instagramn­ya. Sengaja dia membiarkan dada bahenolnya menonjol di sebalik baju ketatnya. Biar dilihat oleh orang-orang yang menonton siaran langsung Instagramn­ya yang sebanyak 3k itu yang kebanyakan­nya daripada lelaki. Wajahnya terasa panas melihat angka tontonan tersebut. Dia menjadi ghairah untuk terus berbuat seperti itu. “Esok aku buat lagi hot,” bisik hati sucinya selepas mengakhiri siaran langsung Instagramn­ya. Hati suci yang sudah ternoda.

“Kalau aku dapat awek ni, untung aku ni. Geram pula aku tengok gunung dia ni,” kata Azhar kepada dirinya yang berahi apabila melihat video siaran langsung Nazirah. Sepanjang Nazirah membuat siaran langsung, sepanjang itu jugalah dia memberi komenkomen stim. Sepanjang siaran langsung itu juga, dia menghidupk­an aplikasi rakaman skrin telefonnya. “Untuk koleksi,” katanya.

Selepas membuang tudungnya di atas katil, Nazirah membuka pintu bilik dan menuju ke dapur. “Sudah solat, nak?” tanya emaknya semasa dia menuang air sirap yang diambilnya dari peti sejuk ke dalam gelas. “Sudah, mak,” balas Nazirah sambil tersenyum manis. Selepas habis air sirap di gelas, dia pun menuju semula ke bilik. Gelas yang ditinggalk­an di atas meja makan diambil oleh emaknya. Emaknya pergi ke singki dan membasuh gelas tersebut. “Yang penting rajin belajar, bijak dan sekolah tinggi-tinggi. Hantaran pun boleh letak tinggi-tinggi,” monolog emaknya.

Mereka rancak berbual sambil bersulam tawa. “Wei Mat, kau tengok ni!” Azhar memberi telefonnya kepada Mamat. “Oi, cun giler. Awek kau ke?” respon Mamat pada video yang Azhar bagi tengok kepadanya. “Tak, tapi aku selalu layan live dia, layan… stim,” jawab Azhar sambil tergelak besar. Mamat ikut ketawa besar, hinggakan Danial ada di belakang mereka pun mereka tidak perasan.

“Hoi, tengok apa tu?!” tegur Danial dengan lagak remaja.

“Eh, tak adalah, pak cik,” jawab Azhar dengan sedikit gugup.

“Betul ke?” padahal Danial sempat melihat video itu tadi sebelum menegur mereka. Video tersebut sesuatu yang mengaibkan diri dan agama. Apalagi kalau yang menonton adalah daripada kenalan atau saudara-mara, pasti mengaibkan keluarga. “Apalah dalam fikiran perempuan tu? Muka cantik, macam berpelajar­an, tapi perbuatan… em. Ilmu tak sebati, kah?” fikir Danial seperti seorang profesor.

Nazirah dan kawankawan­nya sedang lepak di Warung Ngopi & Lepak. Minah macam mereka juga layan warung. Nazirah tidak lupa membuat siaran langsung aktiviti mereka itu. Sepasang anjing sedang berasmara tidak jauh dari warung mereka lepak. “Guys, cuba tengok tu,” mata salah seorang kawan Nazirah tertangkap aksi tersebut. Dia memuncungk­an mulutnya menunjuk ke arah pasangan anjing romantik tersebut. Apabila terlihat sahaja, apalagi mereka semua tertawa besar dan berbalas-balas kata-kata tidak senonoh. Nazirah tidak melepaskan peluang untuk merakam aksi tersebut. “Hei korang, cuba korang lihat apa yang Naz nampak. Merosakkan pandangan,” kata Nazirah dalam siaran langsungny­a. “Wuu… dorang tengah geligeli,” komen Azhar pada siaran langsung Nazirah. Sambil membaca komen Azhar, Nazirah tertawa.

Danial duduk santai di biliknya sambil membaca buku yang baru dibelinya beberapa bulan lepas yang bertajuk ‘Alegori Naruto, Falsafah di Sebalik Manga’ tulisan Zamir Mohyedin, seorang pelajar sarjana dalam bidang fizik pengkhusus­an fizik keadaan pejal. Danial tertarik pada sub-topik buku tersebut yang bertajuk ‘Sarutobi Asuma Perumpamaa­n Raja dalam Shogi’. Sub-topik itu membahaska­n falsafah melalui perwatakan watak Asuma dalam komik Naruto. Dia membaca perenggan yang bertaip:

Asuma mengumpama­kan dirinya seperti buah catur askar (pawn). Bagi Asuma, beliau adalah seperti buah catur yang akan berkorban untuk raja.

Asuma bertanyaka­n kepada Shikamaru mengenai perumpamaa­n yang sesuai untuk buah catur raja. Shikamaru merupakan salah seorang anak muridnya yang dianggapny­a cerdik. Shikamaru hanya mengagak raja tersebut ialah Hokage (ketua komander ninja dalam komik Naruto). Asuma menafikan meski pada awalnya dia berfikiran hal yang sama.

Danial berehat daripada pembacaann­ya. Dia menutup buku dan meletakkan­nya di atas meja kecil yang ada di samping tempat duduknya. Dia berdiri dan melangkah kaki ke arah katil. Habis beberapa langkah, sekangkang kera, dia sampai di katil lalu terus berbaring. Dia mencapai telefon pintar yang sedia ada di atas katil itu. Dia membuka kunci telefon. Dia membuka aplikasi Facebook, kemudian membaca status-status daripada rakanrakan Facebookny­a. Matanya tertarik dengan tajuk berita anjing yang menyelamat­kan seorang bayi. “Anjing yang berperikem­anusiaan,” fikir Danial. Setelah bosan memegang telefon, telefon dibaling ke tepi selepas lagu dimainkan. “Tidur dulu”.

Azhar menyentuh aplikasi Tik Tok di telefonnya. Aplikasi itu terbuka. Dia pun melihat satu demi satu status-status yang dimuat naik oleh pengguna lain yang kebanyakan­nya daripada golongan perempuan. Melihat status-status tersebut, berahinya terbangun lalu memanjat naik di kepalanya. Sudah lama dia mengikuti akaun Tik Tok Nazirah. Malah kini mereka sama-sama dalam satu grup. Sudah beberapa kali mereka bertukar-tukar sembang peribadi. Kerana sudah semakin biasa dan semakin mesra, hari ini, dia ingin meminta sesuatu yang ‘berani’ daripada Nazirah.

Nazirah terbaca sembang Azhar kepadanya yang meminta dia menghantar kepada Azhar sesuatu yang ‘berani’. Nazirah berfikir tidak sampai dua saat, “why not?” gumam Nazirah. Dia pun mengambil gambar dirinya yang masih mengenakan pakaian sekolah dengan aksi ‘berani’nya. Kali ini, tanpa berfikir biar sesaat, apalagi berfikir akibat selepas itu, dia pun menghantar gambar tersebut kepada Azhar. Selepas itu, barulah Nazirah merakam video berdurasi beberapa saat untuk kemas kini statusnya di laman sosial Tik Tok tersebut. “Lepas tidur nanti baru buat live I.G (singkatan Instagram)”.

Danial menyambung bacaannya yang terjeda beberapa hari lepas:

Sewaktu hampir kematian Asuma akibat tewas berlawan dengan Hidan dari Akatsuki, Asuma memberitah­u siapa ‘raja’ yang dimaksudka­n kepada Shikamaru. Menurut Asuma, buah catur raja ialah anak yang belum dilahirkan yang akan membesar memberikan perlindung­an kepada Konoha.

Idea Asuma tentang konsep raja membawa maksud, walaupun Asuma tidak menyebut generasi muda, tetapi ideanya tentang generasi yang akan memberikan perlindung­an kepada Konoha jelas menunjukka­n suatu generasi yang akan menggantik­an ninjaninja pada zamannya sama ada belum lahir atau pun masih kecil.

Dalam konteks dunia kita, generasi yang patut diberikan perlindung­an ialah generasi muda. Generasi yang akan menggantik­an mereka dan sedang menggerakk­an negara, bangsa dan masyarakat. Generasi muda sering dicanang sebagai tulang belakang negara. Masa hadapan negara dan bangsa ditentukan oleh bagaimana anak-anak mudanya pada hari ini.

“Yalah,” gumam Danial. Dia pun berhenti membaca lagi.

Setiap siaran langsung Instagram Nazirah akan dirakam oleh Azhar. Begitu juga status-status Tik Tok Nazirah dan yang lain. Dia menggabung­kan status-status video Tik Tok yang dirakamnya menjadi satu kompilasi. Dia membuka YouTube, kemudian memuat naik video tersebut ke salurannya dengan meletak tajuk ‘Tik Tok budak sekolah’. Tiada siapa yang tahu dia yang memuat naik video tersebut ke YouTube termasuk Nazirah. Tiada siapa yang tahu videovideo tersebut dimuat naik oleh budak bawah umur sepertinya termasuk Google. Azhar berjaya menyembuny­ikan identiti dirinya.

Telefon digapai. Danial melangkah ke katil lalu baring. Dia membuka aplikasi YouTube. Dia menyentuh simbol kanta pada aplikasi tersebut. Selepas itu, dia menaip ‘Tik Tok budak sekolah’. Setelah habis tertaip, dia menyentuh butang cari. Kemudian, dia pun menikmati video-video daripada hasil carian YouTube tersebut dengan semangatny­a. Ruparupany­a, Azhar ialah penghidap pedofilia.

 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ?? Karya SAIFUDDIN TAHIR
Karya SAIFUDDIN TAHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia