Utusan Borneo (Sarawak)

Singgah Sini Santai Seni (4S) catat satu sejarah

-

MALAM Singgah Sini Santai Seni yang diadakan di Astaka Puisi pada 3 Ogos lepas catat satu sejarah. Kehadiran Penulis dan penyair dari wilayah Borneo Kalimantan memeriahka­n lagi program baca puisi itu. Mereka yang baru saja menyertai Dialog Serantau Borneo Kalimantan kali ke-14, membanjiri Perkaranga­n Wisma Budaya sebaik selesai majlis penutupan dialog di sebuah hotel terkemuka di seberang jalan.

Slot pertama 4S itu dihoskan oleh penyair Dr Mohd Fuad Bebit bermula dari jam 7.30 malam hingga jam 9.00 malam manakala slot kedua dihoskan oleh Mohd Jasni Yakub.

Antara penyair yang tampil dalam acara 4S itu ialah Juara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Negeri Sabah, Datu Ruslan Sulai, penyair Yatim Ahmad, Kim Diwa dan Darmata Haji Matlan yang memilih busana tradisi.Penyair Noor Aisyah Maidin mempersemb­ahkan syair pada malam itu.

Malam 4S pada 3 Ogos itu

akan tetap diingat kerana menampilka­n persembaha­n yang mungkin jarang dilihat oleh warga kota. Penulis Dr Raymond Majumah muncul dengan mantera dalam bahasa Rungus, Ony Latifah Osman dengan puisi dan busana Kimaragang manakala Kathirina Tati Sitaim dengan busana Kadazandus­un.

Penyair dari Banjarmasi­n Kalimantan Selatan, Zulfaisal Putera membaca puisi sambil sempat bercerita mengenai sasirangan, Dr Sani La Bise juga tampil membacakan puisi, Zainal Abidin Suhaili atau Abizai melantunka­n lagu puisi.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan tidak dapat mengelak jemputan untuk membaca puisi.Begitu juga Ketua 2, Amiruddin Ali Hanapiah.

Turut memeriahka­n pembacaan puisi kali ini ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Puan Aminah Awang Basar dan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Abdul Wahab Hamzah.

Tokoh sastera yang tidak asing lagi, Hasyuda Abadi atau nama sebenarnya turut membacakan puisinya. Penyair tempatan yang tidak ketinggala­n membaca puisi ialah Karim Gulam. Beliau membaca epilog Dialog Serantau Borneo Kalimantan. Maslinah Yusof menyanyika­n lagu puisi yang menarik. Selain itu, aktivis filem dan teater, Abdullah Yusuf juga menyampaik­an deklamasi puisi. Selain itu, ada beberapa lagi yang tampil membaca puisi tak sempat dicatatkan namanya. Malam turut diserikan dengan petikan muzik dari busker, yang sangat menarik.

Penampilan khas Haji Ismaily Bongsu memang luar biasa dan membanggak­an. Persembaha­n beliau turut dijayakan dengan penampilan Ramli Abok, Ainun Nasibah Johar dan Maia Assan, peserta Woksyop Baca Puisi serta Sanudin Hasan.

Malam 4S di Astaka Puisi Perkaranga­n Wisma Budaya , yang dianjurkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah tetap akan tercatat dalam lipatan sejarah sastera di rantau ini.

 ??  ?? RAMLI Abok, Nasibah,Maia dan Sanudin membaca puisi.
RAMLI Abok, Nasibah,Maia dan Sanudin membaca puisi.
 ??  ?? ONY Latifah Osman dengan pakaian Kimaragang.
ONY Latifah Osman dengan pakaian Kimaragang.
 ??  ?? ISMAILY Bongsu.
ISMAILY Bongsu.
 ??  ?? RAYMOND Majumah dengan pakaian Rungus.
RAYMOND Majumah dengan pakaian Rungus.
 ??  ?? TRIO Jom Sastera Sabah-Kim Diwa, Darmata Matlan dan Yatim Ahmad.
TRIO Jom Sastera Sabah-Kim Diwa, Darmata Matlan dan Yatim Ahmad.
 ??  ?? ZULFAISAL Putera dari Banjarmasi­n.
ZULFAISAL Putera dari Banjarmasi­n.
 ??  ?? NOOR Aisah Maidin membacakan syair.
NOOR Aisah Maidin membacakan syair.
 ??  ?? PENGARAH DBP Sabah, Aminah Awang Basar.
PENGARAH DBP Sabah, Aminah Awang Basar.
 ??  ?? KATHIRINA Tati Sitaim dengan pakaian Kadazan.
KATHIRINA Tati Sitaim dengan pakaian Kadazan.
 ??  ?? ZAINAL Abidin Borhan.
ZAINAL Abidin Borhan.
 ??  ?? WAKIL WP Labuan, Sani La Bise.
WAKIL WP Labuan, Sani La Bise.
 ??  ?? HASYUDA Abadi membacakan puisi.
HASYUDA Abadi membacakan puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia