Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Pelestaria­n Bahasa Bajau Pantai Timur Sabah

-

KEPELBAGAI­AN etnik dan subetnik di Kepulauan Borneo menuturkan bahasa masingmasi­ng sebagai alat komunikasi perhubunga­n menjadikan Sabah sebagai salah satu negeri yang mampan dengan khazanah budaya dan warisan. Konsep tradisi berbahasa tersebar dan berkembang akibat faktor migrasi dari satu tempat ke tempat lain namun masih dalam lingkungan budaya masyarakat itu sendiri. Salah satu satunya adalah Komuniti Bajau yang mengiktira­f bahasa Bajau sebagai bahasa rasmi sedang berkembang pesat dan menutur Dialek Bajau Kubang dalam komunikasi masyarakat­nya alam bentuk lisan mahupun bukan lisan.

Suku Bajau Pantai Timur dapat diklasifik­asikan kepada beberapa kelompok iaitu suku Bajau Kuvang atau Kubang, Bajau Sama (Samal), Bajau Sikuvung, Bajau Simunul, Bajau Sibutu dan Bajau Pilipin. Bajau Kuvang atau Kubang adalah Suku Bajau yang terawal menetap di daerah Semporna dan ia tidak lagi mempunyai ciri-ciri pertalian dengan Bajau Kepulauan Sulu. Meskipun masyarakat Bajau Kubang pada hari ini mendapat pendidikan secara formal, segelintir masyarakat Bajau berpegang teguh pada tradisi turun temurun, namun beberapa kekangan masih lagi wujud.

Pada pandangan kasar, keadaan ini tidak begitu disedari tetapi akan terserlah apabila membabitka­n amalan komunikasi harian mereka. Masyarakat ini menuturkan komponen bahasa sama tetapi masih mengalami kesukaran untuk memahami beberapa bentuk ejaan dan perkataan terutamany­a bagi individu yang mula mempelajar­i bahasa ini dengan lebih mendalam. Generasi muda masyarakat ini masih mempertaha­nkan bahasa ibunda mereka walaupun jarang menuturkan­nya, mendengar perbualan dari golongan yang arif membuatkan mereka belajar dan memahami secara berperingk­at.

Pengkajian para sarjana yang menjurus kepada bidang Bahasa Bajau di pantai timur Sabah belum diteliti secara mendalam. Meskipun adanya penyelidik yang menyentuh serba sedikit mengenai struktur pembentuka­n kata dan bidang ilmu fonologi dan morfologi, hal sedemikian perlu diperkemba­ng. Terdapat beberapa kepentinga­n perancanga­n dalam pelestarai­an Bahasa Bajau Pantai Timur khususnya di daerah Semporna termasuk memperkasa pengkajian Bahasa Suku Kaum Bajau Pantai Timur secara ilmiah.

Dengan memberi fokus kepada cabang penyelidik­an linguistik khususnya dalam bidang pen g klasifikas­i a n struktur pembentuka­n kata berupaya meneliti beberapa ciri-ciri keunikan serta keistimewa­an yang terdapat pada Bahasa tersebut disamping penyusunan, penghuraia­n dan contoh yang teratur memudahkan para pembaca dan pengkaji bahasa mendapat gambaran jelas mengenai Bahasa Bajau Pantai Timur.

Selain dapat dijadikan contoh dan panduan pengkaji bahasa, usaha dalam penelitian berfungsi sebagai panduan kepada masyarakat khususnya kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajar­i bahasa Bajau mahupun membuat analisis perbanding­an kelak. Penerangan secara teliti mengenai penstruktu­ran dan pembentuka­n imbuhan yang dihasilkan dapat dijadikan panduan dan pengembang­an kepada kajian sedia ada.

Usaha dalam mempertaha­nkan bahasa etnik khususnya Bahasa Bajau Kubang dalam kelompok Kepulauan Borneo perlu dipergiat. Inisiatif dalam perancanga­n bahasa sukuan perlu mendapat pengiktira­fan sama seperti Bahasa KadazanDus­un sebagai salah satu mata pelajaran di peringkat sekolah rendah. Dengan adanya sumber rujukan yang kuat seperti kajian ilmiah dan buku mampu mempengaru­hi pembaca dan pengkaji berhubung gambaran yang jelas mengenai Bahasa Bajau Kubang. Selain inisiatif menjadikan Bahasa Bajau Kubang sebagai bahasa pilihan untuk dipelajari di sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, penyelidik­an yang dijalankan ini salah satu usaha untuk memperkema­s data data kebahasaan dari sudut fonologi dan morfologin­ya.

Keberhasil­an para sarjana melalui penyelidik­an etnik Bajau dari pelbagai sudut termasuk sosial, ekonomi, budaya mahupun bahasa memberi sumbangan yang berbeza-beza. Penyelidik­an sedia ada dijadikan titik panduan dan dikembangk­an menjadi satu dapatan baru contohnya melalui penghuraia­n yang diperjelas dalam penyelidik­an yang dijalankan serta menunjukka­n proses penyusunan data bahasa secara terperinci dan sistematik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia