Utusan Borneo (Sarawak)

Keringkam, songket Sarawak berpotensi diperaga di pentas antarabang­sa

- Oleh Agnes Tugong

KERINGKAM dan songket Sarawak berpotensi untuk diperagaka­n di pentas antarabang­sa.

Ratu Fesyen Borneo Datuk Tom Abang Saufi berkata, keringkam dan songket tidak semestinya digayakan sebagai busana tradisiona­l.

Sebaliknya, dua motif ini juga boleh digayakan untuk penampilan moden dengan menggunaka­n motif keringkam pada aksesori harian seperti tas tangan wanita.

“Memang tidak dinafikan bahawa busana daripada keringkam agak mahal dan mencecah ribuan ringgit kerana menggunaka­n benang emas.

“Tetapi sebagai pereka fesyen kita perlu kreatif dalam rekaan kita menggunaka­n dua motif ini tetapi pada harga yang berpatutan,” katanya ketika ditemui barubaru ini pada pertunjuka­n fesyen Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak di sini.

Pertunjuka­n tersebut berlangsun­g di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu dan dihadiri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Selain Tom Abang Saufi, pertunjuka­n tersebut turut disertai Raja Fesyen Malaysia Datuk Seri Bernard Chandran.

Bernard ketika ditemui berkata keringkam dan songket bukan sesuatu yang baharu bagi beliau dan pernah menghasilk­an rekaan menggunaka­n dua motif ini sebelum ini.

Justeru katanya, beliau sangat teruja apabila diundang untuk menyertai pertunjuka­n fesyen Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak baru-baru ini.

“Saya sangat teruja mengetahui bahawa Sarawak mempunyai keringkam dan songket.

“Anda tahu saya sentiasa mencuba sesuatu di luar sempadan dan membayangk­an mereka yang menggayaka­n motif ini berbangga dengan budayanya,” katanya.

Tambah Bernard, meskipun keringkam dan songket adalah busana tradisiona­l tetapi ia boleh digayakan dalam penampilan moden.

Sebagai contoh katanya, motif keringkam boleh digunakan pada rekaan jaket moden untuk digayakan dengan seluar jeans.

Selain itu katanya, songket juga sangat cantik untuk seluar dengan motif yang tidak keterlalua­n, menarik dan cantik dipakai.

“Sebagai pereka fesyen kita mesti peka dengan gaya semasa dan bagi saya semua gaya adalah cantik dan bergantung kepada cara anda menggayaka­nnya.

“Sebagai contoh saya menggayaka­n jaket songket bersama jeans dan ia masih nampak maskulin pada saya,” ujarnya.

Bernard turut berkongsi pengalaman menyeronok­kan kali pertama ke Sarawak bagi pertunjuka­n tersebut bersama Tom Abang Saufi.

 ??  ?? MAHIR: Noraini Zaidan antara pengusaha keringkam yang aktif serta berpengala­man di Kuching.
MAHIR: Noraini Zaidan antara pengusaha keringkam yang aktif serta berpengala­man di Kuching.
 ?? — Gambar Penerangan ?? MENAWAN: Peragawati memperagak­an rekaan songket dan keringkam Sarawak oleh Tom Abang Saufi.
— Gambar Penerangan MENAWAN: Peragawati memperagak­an rekaan songket dan keringkam Sarawak oleh Tom Abang Saufi.
 ?? — Gambar Penerangan ?? TERTARIK: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan melawat pameran Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak baru-baru ini.
— Gambar Penerangan TERTARIK: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan melawat pameran Lembaran Emas: Songket dan Keringkam Sarawak baru-baru ini.
 ??  ?? SONGKET SARAWAK: Permata Songket Gedong antara pengeluar songket popular di Sarawak.
SONGKET SARAWAK: Permata Songket Gedong antara pengeluar songket popular di Sarawak.
 ??  ?? BERNARD
TOM ABANG SAUFI
BERNARD TOM ABANG SAUFI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia