Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera kongsi pengalaman perniagaan baulu dan kek

-

PENGUSAHA Baulu dan Kek Kak Long, Mat Husin Ismail kini mampu tersenyum dengan kejayaan projek makanan itu yang diusahakan­nya sejak 19 tahun lalu selepas bersara daripada perkhidmat­an tentera.

Bermula dengan modal RM5,000 dengan beberapa ketuhar kecil di rumahnya, Mat Husin, 56, kini mampu menghasilk­an kira-kira 5,000 biji baulu sehari menggunaka­n empat ketuhar besar di sebuah kedai di Paya Jaras di sini dengan dibantu empat pekerja.

Baulu dan kek itu dipasarkan kepada pelanggan sekitar kawasan Lembah Klang selain tempahan persendiri­an.

Sebelum kekal dengan perniagaan baulu dan kek dengan pendapatan yang memberangs­angkan itu, beliau pernah mencuba mengusahak­an kedai gunting rambut, menjual roti piza dan kedai menjual kad prabayar telefon bimbit.

“Saya pilih berniaga sebab mengikut kelulusan dan dari segi pendapatan, jika kita berkelulus­an tinggi, gaji kita tinggi kalau kelulusan rendah dan hendak gaji tinggi, kita kena berniaga,” katanya kepada Bernama di Sungai Buluh, Selangor.

Mat Husin yang berkhidmat selama 18 tahun sebagai anggota tentera darat berkata bukan mudah untuk berjaya dalam bidang perniagaan kerana ia terpaksa melalui pelbagai cabaran, perlu banyak bersabar dan usaha yang berfokus.

“Kita jangan terlalu ghairah dengan modal yang ada, kita jangan kejar benda lain, saya pula tidak berpencen jadi saya terpaksa menghasilk­an produk saya dulu untuk menghasilk­an gaji (pendapatan),” katanya.

Beliau turut menasihatk­an kepada anggota tentera yang bakal bersara dan minat menceburi perniagaan agar menggunaka­n sebaik mungkin wang gratuiti, jangan sewenang wenangnya dibelanjak­an.

“Duit hanya dapat sekali sahaja, jadi apa yang kita nak buat, kena fokus dan jangan kita kejar itu kejar ini kerana setiap projek yang kita buat itu perlukan modal. (Selain itu fokus satu benda) contoh jika buka bengkel kereta buat itu dari mula hingga akhir jangan tukar-tukar.

“Jika duit ada RM100,000 jangan ghairah sangat untuk gunakan semua tetapi mulakan perniagaan dengan modal RM20,000 untuk modal pertama kerana kalau kita menggunaka­n modal terlalu besar jika berlaku sesuatu, kita tidak dapat pusingkan modal itu semula,” katanya.

Mat Husin berkata kelebihan bekas tentera ialah mempunyai banyak peluang untuk membuat pinjaman modal bagaimanap­un mereka perlu menunjukka­n prestasi projek yang diusahakan.

Beliau berkata jalan terbaik untuk mencari pengalaman berniaga, seseorang itu perlu menjadi‘ kuli’ dahulu sekurang kurangnya enam bulan untuk memahami selok-belok dalam bidang tersebut supaya jika berlaku kepincanga­n dalam perniagaan ia dapat diatasi.

“Perkara paling penting jangan bergantung kepada orang lain sebagai contoh jika mengusahak­an kedai makan, jangan kita berharap kepada tukang masak sahaja tetapi kita kena belajar dan mahir memasak kerana jika tukang masak itu ‘lari’ kita dapat meneruskan kedai tersebut jika tidak kita akan gagal,” katanya.

Mat Husin turut berterima kasih kepada agensi kerajaan yang banyak membantu dalam perniagaan­nya dan beliau turut merancang untuk membesarka­n lagi perniagaan baulu dan keknya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJU: Mat Husin menunjukka­n baulu yang telah dipek untuk diedarkan kepada para pelanggann­ya di kedainya dekat Sungai Buluh.
— Gambar Bernama MAJU: Mat Husin menunjukka­n baulu yang telah dipek untuk diedarkan kepada para pelanggann­ya di kedainya dekat Sungai Buluh.
 ?? — Gambar Bernama ?? Projek makanan itu diusahakan­nya sejak 19 tahun lalu selepas bersara daripada perkhidmat­an tentera.
— Gambar Bernama Projek makanan itu diusahakan­nya sejak 19 tahun lalu selepas bersara daripada perkhidmat­an tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia