Utusan Borneo (Sarawak)

Kesungguha­n, kerjasama penduduk Rumah Millai berjaya mendirikan sebuah astaka

-

AHLI Parlimen Saratok, Ali Biju gembira dengan kesungguha­n dan kerjasama penduduk Rumah Millai, Emplaie Ili mendirikan sebuah astaka hasil peruntukan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang itu.

Menurutnya, penduduk rumah penjang terbabit memanfaatk­an peruntukan itu dengan sebaik mungkin sekali gus membuktika­n impian mereka mendirikan astaka tercapai.

“Kita menyalurka­n peruntukan sejumlah RM15,000 kepada JKKK membantu membina astaka di tepi padang berhampira­n dengan rumah panjang mereka.

“Setiap peruntukan itu diuruskan oleh penduduk rumah panjang terbabit dan mereka berjaya melakukann­ya walaupun terhad.

“Mereka menggunaka­n konsep gotong-royong mendirikan astaka termasuk mendapatka­n bahan binaan dengan memotong dan mengangkat kayu ke tapak astaka secara bersama,” katanya.

Pembinaan astaka itu untuk kegunaan komuniti rumah panjang terbabit mengadakan aktiviti sukan dan kemasyarak­atan.

Menurut Ali, aktiviti seumpama itu merupakan landasan terbaik mengeratka­n hubungan kalangan penduduk.

“Konsep perpaduan itu perlu diperkukuh­kan kerana dengan usaha ini komuniti dan masyarakat kita dapat bersatu dalam apa juga keadaan,” jelasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah (TR) Millai berkata kerja-kerja pembinaan astaka itu bermula pada 22 Julai lalu iaitu pada Hari Sarawak.

“Penduduk bersepakat mendirikan astaka itu dengan peruntukan disalurkan menggunaka­n kemahiran dimiliki sendiri.

“Mereka membahagik­an tugas-tugas berdasarka­n kemahiran dimiliki dan hasil komitmen serta kerjasama padu astaka itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengaha­n Ogos ini,” katanya.

Rumah Millai, Emplaie Ili mempunyai 31 pintu bilik dengan jumlah penduduk seramai 400 orang.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Penduduk Rumah Millai, Emplaie Ili bergotongr­oyong mendirikan astaka di tepi padang rumah panjang mereka dengan memanfaat peruntukan disalurkan.
GOTONG-ROYONG: Penduduk Rumah Millai, Emplaie Ili bergotongr­oyong mendirikan astaka di tepi padang rumah panjang mereka dengan memanfaat peruntukan disalurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia