Utusan Borneo (Sarawak)

IPU 390 DI MIRI TAHAP BAHAYA

-

SIBU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencecah 390 dianggap sebagai tahap berbahaya di mana kanak-kanak, orang tua, perokok, pesakit jantung dan paru-paru adalah golongan paling mudah terdedah.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, orang yang terdedah juga boleh mengalami mata merah dan tekak kering serta batuk.

“Semua orang harus mengelak daripada aktiviti luaran jika perlu, pakai topeng muka apabila keluar rumah, minum banyak air kecuali pesakit yang mempunyai penyakit jantung.

“Bagi pesakit yang mengalami masalah jantung, mereka perlu pergi ke klinik terdekat untuk mendapatka­n nasihat,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi, semalam.

Dr Lee berkata demikian apabila diminta memberi nasihat kepada orang awam ketika bacaan IPU mencecah ke tahap berbahaya sekarang.

Untuk rekod, pada jam 4 petang kelmarin (Sabtu), IPU di ILP (Institut Latihan Perindustr­ian) Miri, stesen pemantauan Miri menunjukka­n bacaan 390 manakala stesen lain di SK Kuala Baram 2 mencatat bacaan 136.

Beliau menambah dengan bacaan IPU melebihi 300, sekolah harus menghentik­an semua aktiviti luar dan mempertimb­angkan untuk penutupan sementara.

Dr Lee berkata, terdapat garis panduan yang ada oleh Kementeria­n Pendidikan berhubung perkara tersebut apabila hendak menutup sekolah dan pada peringkat apa.

Sementara itu, maklumat daripada laman sesawang Pusat Meteorolog­i Khas ASEAN (ASMC) pada 10 Ogos lalu menunjukka­n ada hujan bertaburan di rantau Mekong.

Di rantau ASEAN selatan, cuaca umumnya kering kecuali untuk hujan terpencil di utara Sumatera.

Titik panas dengan asap tebal turut dikesan di Riau dan Pulau Bangka, Sumatera dan Sarawak.

Di Barat dan Kalimantan Tengah, kelompok titik panas tetap di Pontianak dan Palangkara­ya diperhatik­an telah mengeluark­an jerebu asap yang tebal.

Sesetengah jerebu asap dari Kalimantan Barat telah ditiup angin ke barat

Sarawak.

Terdapat juga titik panas terpencil dengan asap yang dikesan di pelbagai bahagian Kalimantan.

Imej satelit mendedahka­n 116 titik panas di Borneo, 101 di Kalimantan dan 15 di rantau Sabah dan Sarawak pada 10 Ogos.

Sehingga jam 3 petang semalam, IPU menunjukka­n ILP Miri dengan bacaan tertinggi pada 395, diikuti Samarahan (94), Miri (93), Kuching (88), Sri Aman (86), Mukah (85), Sibu (77) Bintulu (76), Sarikei (73), Kapit (63) dan Limbang (58).

 ??  ?? DR LEE
DR LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia