Utusan Borneo (Sarawak)

BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK LONG LAMA TIDAK MENCUKUPI

Sekitar 3,500 penduduk Long Lama mahu kerajaan negeri menaik taraf bekalan air, elektrik dalam masa terdekat

- Oleh Sudan Ajang

LONG LAMA: Sekitar 3,500 penduduk Long Lama mahu kerajaan negeri menaik taraf bekalan air dan elektrik dalam masa terdekat memandangk­an yang ada sekarang tidak mencukupi keperluan.

Buat masa ini bekalan elektrik di kawasan itu tidak mencukupi untuk kegunaan di pekan Long Lama sehingga ke Long Laput sehingga rumah panjang Sungai Dua, kerana masih menggunaka­n enjin penjana kuasa (generator) dan sistem penghantar­an tenaga lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau yang mewakili penduduk di situ berkata, masalah ini menyebabka­n kawasan di situ kerap mengalami bekalan elektrik terputus.

Katanya, ini menjejaska­n kira-kira 3,500 penduduk khususnya golongan peniaga, pelajar dan kakitangan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kee Tee dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ubong Emang, selain Klinik Satelit Long Lama, pejabat kerajaan dan komuniti Long Lama keseluruha­nnya.

“Saya berharap Sarawak Energy Berhad akan menyambung Long Lama ke grid utama,” katanya semasa menyuaraka­n permintaan penduduk pada perasmian Jambatan Pehin Sri Adenan Satem di Dewan SJK (C) Kee Tee baru-baru ini.

Selain itu, penduduk di situ kerap mengalami gang

guan bekalan air dan mahu kerajaan menaik taraf dan meningkatk­an bekalan air.

Setiap kali musim kemarau, Pejabat Daerah Long Lama dan Jabatan Kebajikan Miri akan mengambil bekalan dari loji rawatan air dan menghantar menggunaka­n tangki untuk rumah panjang berhampira­n yang terjejas.

Dennis turut mencadangk­an agar kerajaan mempertimb­ang pembinaan stadium sukan yang dilengkapi dengan kampung sukan di Pusat Pembanguna­n Luar (RGC), Rumah Sakai atau Anjung Kasih dan trek larian di SMK Long Lama.

Katanya, stadium itu yang dianggarka­n menelan kos RM10 juta hingga RM15 juta dapat digunakan untuk penganjura­n aktiviti seperti kem belia, gereja, festival etnik, latihan dan seminar.

Mengenai Rumah Sakai atau Anjung Kasih, ia dapat menyediaka­n tempat penginapan kepada penduduk pedalaman yang mendapatka­n rawatan di Klinik Satelit Long Lama.

“Penduduk yang tinggal jauh di kawasan hulu biasanya menumpang kenderaan syarikat balak, bagaimanap­un kenderaan itu tidak menyediaka­n pengangkut­an pulang. Ini menyebabka­n mereka terpaksa tidur di tempat yang tidak menentu,” katanya.

Saya berharap Sarawak Energy Berhad akan menyambung Long Lama ke grid utama.

Dennis Ngau

ADUN Telang Usan

 ??  ??
 ??  ?? TRADISI: Dennis dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut dengan nyanyian lagu ‘Tekna’ semasa majlis perasmian Jambatan Pehin Sri Adenan Satem di Dewan SJK (C) Kee Tee baru-baru ini. Kelihatan sama Ketua Masyarakat Kaum Kayan Temenggung Elizabeth Deng.
TRADISI: Dennis dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut dengan nyanyian lagu ‘Tekna’ semasa majlis perasmian Jambatan Pehin Sri Adenan Satem di Dewan SJK (C) Kee Tee baru-baru ini. Kelihatan sama Ketua Masyarakat Kaum Kayan Temenggung Elizabeth Deng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia