Utusan Borneo (Sarawak)

LUBOK ANTU BERPOTENSI LAHIR BAKAT MUDA

Seramai 36 murid SK Melaban Lubok Antu menyertai Klinik Pembanguna­n Sukan Bola Sepak Lubok Antu 2019 Mereka mempunyai perancanga­n yang jelas untuk membangunk­an sukan bola sepak di daerah ini dan kita yakin ramai pemain bola sepak muda mampu dilahirkan di

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kira-kira 36 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban Lubok Antu telah menyertai Klinik Pembanguna­n Sukan Bola Sepak Lubok Antu 2019 barubaru ini.

Jurulatih selaku pemudah cara Mohd Hakimi Man berkata, ia adalah anjuran Pejabat Pendidikan Daedah Lubok Antu sempena Kejohanan Bola Sepak Majlis Sekolah-Sekolah Sarawak 2020.

"Seramai 36 pemain terbaik dan terpilih dari 28 sekolah di bahagian Lubok Antu menjalani latihan taktikal dan strategi sebagai usaha untuk mempersiap­kan pemain ke kejohanan itu," katanya kepada Utusan Borneo

semalam.

Hakimi berkata, PPD Lubok Antu begitu komited untuk melahirkan pemain bola sepak bawah 11 tahun yang berbakat dengan menganjurk­an klinik berkenaan.

"Mereka mempunyai perancanga­n yang jelas untuk membangunk­an sukan bola sepak di daerah ini dan kita yakin ramai pemain bola sepak muda mampu dilahirkan di Lubok Antu," jelasnya.

Menurutnya, ilmu bola sepak yang dimilikiny­a dikongsi bersama dengan pelajar dan ia adalah sebahagian daripada program pembanguna­n bola sepak yang lebih mampan.

"Kita merangka program latihan, membuat minuman isotonik 'Peel Fresh Orange', proses 'recovery ice bath', falsafah bola sepak moden dan koordinasi sesi latihan harian.

"Pada masa sama kita mengendali­kan terapi mengawal tekanan sebagai jurulatih bola sepak serta tatacara proses pembentuka­n pemain muda," katanya.

Beliau berharap semua pemain termasuk 31 guru yang merupakan jurulatih pasukan sekolah masing-masing mampu mempraktik­kan dan mengadapta­si ilmu sepanjang klinik berkenaan.

"Saya amat percaya Lubok Antu nanti bakal melahirkan pemain bola sepak profesiona­l sama seperti daerah lain jika pembanguna­n bola sepak dilaksanak­an secara sistematik dan konsisten," ujarnya.

Hadirsamab­agimenyoko­ng program berkenaan Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Vevien Mujah, Ketua Unit UPPK Tubau Limbai, Guru Besar SK Melaban Huong Kee Hong, Penyelaras Program Kerani Dimbap dan Penolong Penyelaras Masri Muskhatar.

 ??  ??
 ??  ?? BEGINI CARANYA: Kelihatan pemain sedang melakukan hantaran bola kepada rakan sepasukan sebagai latihan asas pada Klinik Pembanguna­n Sukan Bola Sepak Lubok Antu.
BEGINI CARANYA: Kelihatan pemain sedang melakukan hantaran bola kepada rakan sepasukan sebagai latihan asas pada Klinik Pembanguna­n Sukan Bola Sepak Lubok Antu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia