Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon sindrom Down beri inspirasi dan bintangi filem Hollywood

-

FILEM baharu yang dipuji oleh pengkritik ‘The Peanut Butter Falcon’ mengambil laluan yang luar biasa ke Hollywood dan telah menjadikan Zack Gottsagen, seorang pelakon yang mengalami sindrom Down, bintang yang tidak dijangkaka­n.

Gottsagen membawa watak utama seorang pemuda yang lari dari rumah penjagaan di mana dia tinggal demi mengejar impiannya untuk menjadi seorang ahli gusti profesiona­l.

Dalam perjalanan­nya, dia berkawan dengan seorang penjenayah kecilkecil­an lakonan bintang ‘Transforme­rs’ Shia LaBeouf. Dakota Johnson turut berlakon sebagai seorang jururawat yang dihantar untuk mencari watak Gottsagen.

Ia merupakan sebuah dari beberapa buah filem Hollywood yang memaparkan seorang pelakon dengan sindrom Down dalam watak utama.

Sewaktu tayangan perdana permaidani merah bagi filem tersebut, penulis dan pengarah bersama Tyler Nilson dan Michael Schwartz berkata mereka mengenali Gottsagen ketika mereka menjadi sukarelawa­n di sebuah kem bagi orang dengan kelainan upaya dan Gottsagen berkata dia mahu menjadi seorang bintang filem.

Kedua-dua mereka, yang pernah membuat sebuah filem pendek dan mengusahak­an iklan tetapi tidak pernah menerbitka­n sebuah filem cereka, memutuskan untuk menulis sebuah filem yang boleh dibintangi Gottsagen.

“Kami duduk selama setahun dan mengusahak­an skrip dan cuba membina sesuatu yang akan menunjukka­nnya dalam cahaya sebaik mungkin bagi siapa dirinya, seorang manusia dengan harapan dan impian dan matlamat yang mempunyai keupayaan untuk mengasihi dengan jauh lebih mendalam lagi berbanding saya,” kata Nilson.

Filem itu telah menawan pengkritik, malah memperoleh­i penarafan positif 100 peratus dalam laman sesawang agregasi reviu, Rotten Tomatoes. Ia akan dikeluarka­n di Amerika Syarikat pada 9 Ogos.

LaBeouf dan Johnson berkata mereka telah membentuk hubungan kekeluarga­an dengan Gottsagen.

“Dia umpama penjaga bagi saya,” kata LaBeouf. “Dia telah menjadi tonggak dalam hidup saya. Dia mengapungk­an saya dan memberikan saya banyak nasihat.”

Di tayangan perdana berkenaan, Gottsagen ada nasihat untuk orang lain yang mahu mengikuti contohnya.

“Ikutilah hati anda dan ikutilah impian anda,” katanya. “Tetapi terlebih dahulu, anda harus kekal di sekolah, belajar, belajar banyak-banyak.”

Selepas itu, “gapai puncak dan anda boleh menjadi besar”, tambahnya. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERI INSPIRASI: Penulis dan pengarah Tyler Nilson, Zack Gottsagen, Shia LeBeouf dan penulis dan pengarah Michael Schwartz semasa tiba di tayangan filem ‘The Peanut Butter Falcon’ di Los Angeles baru-baru ini.
— Gambar Reuters BERI INSPIRASI: Penulis dan pengarah Tyler Nilson, Zack Gottsagen, Shia LeBeouf dan penulis dan pengarah Michael Schwartz semasa tiba di tayangan filem ‘The Peanut Butter Falcon’ di Los Angeles baru-baru ini.
 ??  ?? ZACK GOTTSAGEN & DAKOTA JOHNSON
ZACK GOTTSAGEN & DAKOTA JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia