Utusan Borneo (Sarawak)

PM ambil alih rundingan

Dr Mahathir akan berurusan secara langsung dengan Ketua Menteri Sarawak, Sabah berhubung isu berkenaan

-

Sebelum ini, rundingan dibuat menerusi Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi tetapi mesyuarat jawatankua­sa pemandu terakhir bulan lepas, Perdana Menteri mengumumka­n akan mengambil alih sendiri rundingan. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan NegeriPers­ekutuan dan Pemantauan Projek

KUCHING: Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengesahka­n bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berurusan secara langsung dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah berhubung hak-hak minyak dan gas.

“Sebelum ini, rundingan dibuat menerusi Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi tetapi mesyuarat jawatankua­sa pemandu terakhir bulan lepas, Perdana Menteri mengumumka­n akan mengambil alih sendiri rundingan.

“Beliau akan berurusan secara langsung dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah. Tetapi apa sahaja keputusan nanti, ia akan dibawa kepada jawatankua­sa pemandu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n program ibadah korban yang diadakan di Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Samariang di sini semalam.

Lebih 200 individu menerima daging korban pada program tersebut sempena Hari Raya Aidiladha.

Tambah Hasidah, akan ada banyak lagi mesyuarat jawatankua­sa pemandu selepas ini termasuk mesyuarat antara Perdana Menteri dan keduadua Ketua Menteri mengenai hal-hak minyak dan gas.

“Jadi kita beri, mungkin sehingga hujung tahun ini untuk memuktamad­kan segalanya,” katanya.

Jelas Hasidah lagi, rundingan bukan hanya mengenai permintaan 20 peratus royalti minyak dan gas yang telah dipersetuj­ui dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sarawak katanya, amat prihatin mengenai cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum dengan mengambil kira bahawa ia adalah hak Sarawak di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

“Jadi kita bertegas mengenai cukai jualan lima peratus ini dan juga kita mahu memastikan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 dilaksanak­an.

“Ini adalah perkara yang kita rundingkan. Kita juga bercakap mengenai beberapa susunan komersial. Terdapat banyak perkara terdapat dalam rundingan, bukan sahaja satu perkara,” jelasnya.

Sebarang bentuk rundingan menurut Hasidah akan mengambil masa dan masa yang secukupnya perlu diberikan untuk melihat perkara secara terperinci.

“Bagi kami masa untuk melihat secara terperinci untuk memperhalu­si sesuatu yang perlu dijaga dan kami juga perlu mengambil kira kedudukan Petronas dan negara,” katanya.

Hasidah bagaimanap­un optimis bahawa keputusan rundingan adalah baik dan Sarawak akan fokus kepada cukai jualan lima peratus serta pelaksanaa­n OMO.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Hasidah (tiga kanan) mengagihka­n daging korban kepada penerima.
TERIMALAH: Hasidah (tiga kanan) mengagihka­n daging korban kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia