Utusan Borneo (Sarawak)

BANTU PADAM KEBAKARAN

Syarikat miliki tanah terjejas kebakaran digesa hantar tenaga manusia bantu bomba padam kebakaran

-

MIRI: Syarikat persendiri­an yang mempunyai hak milik kawasan tanah yang terjejas akibat kebakaran digesa menghantar lebih banyak tenaga manusia bagi membantu pihak bomba memadamkan kebakaran terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, kerahan tenaga kerja yang banyak akan membantu bomba mempercepa­tkan operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di kawasan terjejas di Kuala Baram.

“Di samping tenaga manusia, syarikat persendiri­an ini juga diminta menyumbang penggunaan jentera berat milik mereka kerana dengan adanya peralatan ini kerja pemadaman dapat dilakukan dengan cepat.

“Untuk musim jerebu teruk ini, saya rasa kita perlukan lebih tenaga manusia bagi membantu bomba, malah sebelum ini pihak polis, tentera, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut turun bersama membantu memadamkan kebakaran di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita di Menara Tinjau Tudan di sini semalam selepas melakukan tinjauan keadaan kebakaran dan jerebu.

Hadir sama menemani Sebastian ialah Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong.

Sementara itu, Law berkata, pihaknya memerlukan tambahan 100 tenaga manusia untuk membantu memadamkan sepenuhnya kawasan tanah gambut di Kuala Baram.

Katanya dengan keadaan api yang semakin merebak dengan pantas, bukan sahaja tenaga manusia diperlukan malah tambahan peralatan bagi membantu memadamkan kebakaran juga penting.

“Setakat jam 12 tengah hari ini (semalam), kami telah mengenal pasti seluas 684 hektar tanah gambut bersamaan dengan keluasan 1,500 padang bola sepak musnah terbakar di sini.

“Hari ini (semalam) kebakaran semakin merebak apabila 70 hektar lagi kawasan tanah gambut terbakar sehingga mengakibat­kan keadaan jerebu teruk,” ujar beliau.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati keadaan jerebu akibat kebakaran tanah gambut semakin teruk sehinggaka­n debu-debu berterbang­an mengotorka­n luar kereta dan kawasan rumah.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, stesen pemantauan kualiti udara di kawasan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri terus mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan 396 setakat jam 5 petang semalam.

Manakala kawasan SK Kuala Baram 2 dan Miri mencatat bacaan IPU sederhana iaitu masing-masing 84 dan 96.

 ??  ?? MASIH MARAK: Salah satu kawasan tanah gambut yang masih aktif berapi dan mengeluark­an asap.
MASIH MARAK: Salah satu kawasan tanah gambut yang masih aktif berapi dan mengeluark­an asap.
 ??  ?? TERJEJAS: Orang awam menggunaka­n penutup muka akibat jerebu yang melanda Miri semalam.
TERJEJAS: Orang awam menggunaka­n penutup muka akibat jerebu yang melanda Miri semalam.
 ??  ?? MENINJAU: Sebastian (kanan) dan Law (kiri) meninjau keadaan kebakaran dan jerebu di kawasan Kuala Baram.
MENINJAU: Sebastian (kanan) dan Law (kiri) meninjau keadaan kebakaran dan jerebu di kawasan Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia