Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata serang masjid di Norway

Seorang cedera, mayat wanita ada kaitan dengan suspek ditemui beberapa jam kemudian

-

OSLO: Seorang lelaki yang dilengkapi beberapa senjata api melepaskan tembakan dalam sebuah masjid dekat Oslo kelmarin, dan mencederak­an seorang individu sebelum dia dipasung oleh seorang anggota jemaah yang berusia dan ditangkap, kata saksi dan polis Norway.

Beberapa jam selepas serangan itu, mayat seorang wanita yang ada kaitan dengan suspek dijumpai dalam sebuah rumah di bandar pinggiran Baerum di mana serangan tembakan berlaku pada awal hari itu, kata polis pada petang kelmarin.

Penyiasat menganggap kematianny­a sebagai mencurigak­an dan sudah membuka siasatan pembunuhan.

Ketua masjid menggambar­kan penyerang sebagai seorang pemuda kulit putih yang berpakaian serba hitam dan berkata dia memakai topi keledar dan ves kalis peluru.

Dia berkata hanya tiga orang berada dalam Pusat Islam Al-Noor pada waktu serangan.

Polis dimaklumka­n mengenai serangan itu sejurus selepas jam 4 petang (waktu tempatan).

Anggota polis mula-mula melaporkan seorang mangsa telah terkena tembakan, tetapi kemudian menjelaska­n seorang individu telah mengalami “kecederaan ringan” dan ia tidak jelas sama ada ia adalah luka tembakan atau sebaliknya.

Polis berkata suspek dipercayai bertindak bersendiri­an.

“Ia adalah seorang pemuda Norway, dengan latar belakang Norway. Dia tinggal di kawasan sekeliling tempat kejadian,” kata jurucakap polis Oslo Rune Skjold pada sidang akhbar awal kelmarin.

Skjold menambah suspek dikenali polis sebelum insiden itu tetapi tidak dapat digambarka­n sebagai seseorang dengan “latar belakang jenayah”.

Lelaki terbabit – dalam lingkungan usia awal 20-an – ditahan reman, polis menyebut dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh media Norway, dan menambah dia mungkin akan disoal siasat “mengenai kejadian di masjid dan pembunuhan berkenaan”.

Norway pernah menyaksika­n salah satu pembunuhan terburuk dalam sejarah oleh seorang pelampau haluan kanan pada Julai 2011, apabila 77 orang dibunuh oleh Anders Behring Breivik.

“Salah seorang anggota kami telah ditembak oleh seorang lelaki kulit putih yang memakai topi keledar dan seragam,” kata ketua masjid berkenaan Irfan Mushtaq, kepada media tempatan.

Mushtaq berkata lelaki itu membawa beberapa senjata api, tetapi dia berjaya dipasung oleh seorang anggota masjid.

Mushtaq sendiri tiba di tempat kejadian sejurus selepas dimaklumka­n tentang lelaki bersenjata itu, dan pergi ke belakang bangunan sementara menunggu ketibaan polis.

“Kemudian saya ternampak kartrij yang bertaburan dan darah di atas permaidani, dan saya melihat salah seorang anggota kami duduk di atas penyerang, dalam keadaan berlumuran darah,” kata Mushtaq kepada akhbar di Norway, VG.

Dia berkata lelaki yang dipercayai memasung penembak berusia 75 tahun dan sedang mengaji Al-Quran selepas bersolat.

Menurut Mushtaq, masjid berkenaan tidak ada menerima sebarang ugutan sebelum serangan berlaku.

Serangan itu berlaku sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, yang menandakan berakhirny­a ibadat haji.

Polis kelmarin berkata mereka akan menugaskan lebih ramai anggota supaya mereka yang meraikan perayaan itu “selamat sejauh mungkin”.

Polis Norway berkata mereka tahu suspek kelmarin aktif dalam talian sebelum dia melancarka­n serangan berkenaan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar NTB Scanpix/Terje Pedersen via Reuters ?? HATI-HATI: Seorang lelaki mengendali­kan robot polis di pintu masuk ke Pusat Islam Al-Noor di Oslo, Norway kelmarin selepas seorang lelaki melepaskan tembakan dalam masjid tersebut dan mencederak­an seorang individu.
— Gambar NTB Scanpix/Terje Pedersen via Reuters HATI-HATI: Seorang lelaki mengendali­kan robot polis di pintu masuk ke Pusat Islam Al-Noor di Oslo, Norway kelmarin selepas seorang lelaki melepaskan tembakan dalam masjid tersebut dan mencederak­an seorang individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia