Utusan Borneo (Sarawak)

276 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut

Ia merupakan jumlah kes dilapor berlaku di seluruh Sarawak dalam tempoh 1 Ogos sehingga semalam: Tiong

-

KUCHING: Sebanyak 276 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut dilaporkan berlaku di seluruh Sarawak dalam tempoh 1 Ogos sehingga semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima kes tertinggi iaitu sebanyak 58 kes pada Sabtu.

Malah, untuk setakat jam 5 petang semalam, sebanyak 35 kes kebakaran belukar, hutan dan tanah gambut dilaporkan berlaku.

“Secara purata JBPM Sarawak bertindak memadam 25 kes kebakaran belukar setiap hari,” ka- tanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiong dalam pada itu melahirkan kekesalan apabila masih ramai yang memandang remeh nasihat bomba agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering.

“Kebanyakan kes kebakaran berlaku di kawasan kebun dan didapati kebakaran berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka oleh pekebun untuk tujuan pertanian mereka.

“Mungkin mereka gunakan masa hujung minggu

Secara purata JBPM Sarawak bertindak memadam 25 kes kebakaran belukar setiap hari. Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

ini untuk berkebun dan setelah kebakaran merebak mereka akan menghubung­i pihak bomba untuk padamkan,” katanya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak setakat jam 5 petang semalam menunjukka­n IPU ILP Miri terus berada dalam kategori bahaya iaitu 396.

Manakala kawasan lain di negeri ini bacaan IPU masih dikategori sederhana dengan Miri mencatat 96, diikuti Samarahan (93), Mukah (87), Aman (86), Kuching (85), Sibu (78), Bintulu (77), Sarikei (72), Samalaju (71), Kapit (63) dan Limbang (58).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe. my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.

 ??  ?? JEREBU: Kebakaran hutan di Kampung Sedi, Tanjung Manis.
JEREBU: Kebakaran hutan di Kampung Sedi, Tanjung Manis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia