Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah tinjau kebakaran hutan di Kampung Sedi pada Aidiladha

-

KUCHING: Aktifkan Jawatankua­sa Bencana Daerah bagi menangani kes kebakaran hutan yang melibatkan keluasan hutan seluas 105 ekar di Kampung Sedi jika ia masih tidak terkawal.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol yang meninjau pada Hari Raya Aidiladha keadaan kebakaran hutan di Kampung Sedi, Tanjung Manis semalam disertai Ketua Kampung Abdullah Mus.

Katanya, beliau telah memohon pegawai daerah di situ mengaktifk­an Jawatankua­sa Bencana Daerah jika keadaan kebakaran hutan itu masih tidak dapat dikawal.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, meluangkan masa melawat sendiri lokasi kejadian selain meninjau keperluan bagi menangani masalah itu.

Malah, beliau turut berhubung dengan Pejabat Residen dan Pegawai Daerah untuk memohon bantuan serta kerjasama.

Selain itu, beliau juga menghulurk­an bantuan bagi meringan beban penduduk terjejas antaranya makanan asas, tuala, tisu basah dan topeng bagi kegunaan pihak bomba dan penyelamat, sukarelawa­n dan penduduk kampung yang membantu memadam kebakaran tersebut.

Kebakaran kawasan hutan seluas 105 ekar di Kampung Sedi dilaporkan terkawal hasil operasi bersepadu yang dilakukan sejak 7 Ogos lalu.

Operasi memadam kebakaran hutan itu diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis Khairul Basri Sulaiman dan dibantu Pegawai Kanan Bomba Majidi Tinggal bersama 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tanjung Manis, Daro dan Sibu.

Selain itu, seramai tujuh Sukarelawa­n Bomba Pulau Bruit diketuai Athirah Main turut tampil menghulurk­an bantuan.

Kebakaran hutan itu kini menghampir­i sembilan rumah penduduk kampung selain menjejaska­n kebun penduduk.

Masalah tekanan air yang lemah serta pili bomba yang jauh dari lokasi kebakaran, tanah gambut kering termasuk tiupan angin yang tidak menentu antara cabaran yang dihadapi pasukan bomba dalam usaha memadam kebakaran tersebut.

Pada masa sama, penduduk kampung juga tampil membantu menebas rumput untuk mengekang kebakaran daripada terus merebak.

 ??  ?? SEMANGAT: Abdullah bersama anggota Bomba Sukarela Daro.
SEMANGAT: Abdullah bersama anggota Bomba Sukarela Daro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia