Utusan Borneo (Sarawak)

27 KIR rumah panjang menerima wang ihsan kebakaran berjumlah RM13,500

-

SRI AMAN: Seramai 27 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Rumah Musih,Sungai Merah, Pantu menerima bantuan wang ihsan kebakaran berjumlah RM13,500 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Pantu dekat sini semalam.

Manakala seramai empat KIR masing masing seorang dari Rumah Jelema, Kampung Limau dan Rumah Musih, Sungai Merah, Pantu dan dua keluarga dari Rumah Herold Jimbai, Selantik ili masing-masing menerima bantuan kejadian rumah dirosakkan oleh ribut masingmasi­ng menerima bantuan RM500 setiap keluarga.

Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Pantu Royston Francis berkata, kedua-dua bantuan ini adalah daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku sekretaria­t pengurusan bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah.

Menurutnya, bantuan itu disalurkan bagi meringanka­n beban yang ditanggung mangsa bencana kebakaran rumah panjang dan mangsa bencana ribut rumah persendiri­an baru-baru ini.

Sementara itu, Tuai Rumah Musih yang mewakili semua penerima mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutua­n yang sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.

Terdahulu, penyampaia­n bantuan berkenaan telah disempurna­kan oleh wakil Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Patricia Ngali.

Hadir sama pada majlis penyampaia­n bantuan berkenaan, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman merangkap Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim serta yang lain.

 ??  ?? IHSAN: Patricia (empat kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah sebuah keluarga sambil diperhatik­an Royston (tiga kanan), Siti (dua kanan) serta yang lain.
IHSAN: Patricia (empat kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah sebuah keluarga sambil diperhatik­an Royston (tiga kanan), Siti (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia