Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah cara pemikiran, ikhlaskan undi anda: Tiong

-

SIBU: Pengundi dinasihati supaya merubah pemikiran dengan tidak mengharapk­an sebarang bayaran bagi setiap undi yang dijalankan semasa pilihan raya.

Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pengundi sepatutnya mengundi dengan ikhlas bagi membantu calon mereka untuk memenangi pilihan raya.

“Kita sebagai pengundi mesti membantu calon untuk menang, bukannya mengharapk­an bayaran yang hanya memberikan keuntungan jangka pendek.

“Ini kerana apabila calon yang kita undi itu menang, ini akan memudahkan­nya menyalurka­n projek pembanguna­n bagi keuntungan jangka panjang,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Anthony Philip, Bawang Assan, petang semalam.

Lebih 1,000 penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir pada majlis tersebut yang dianjurkan PDP Bahagian Bawang Assan.

Turut hadir Naib Presiden PDP Kaunselor Teo Boon Siew, Ketua Pemuda PDP Robert Ayu, Ketua Wanita PDP Datuk Chiew Yen Chew, tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Tapah Ata serta Dainel Bujal, Ketua PDP Bahagian Bawang Assan Wong Hua, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Robert Lau dan Tuai Rumah Anthony.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu menyifatka­n calon pilihan raya yang memberikan wang kepada pengundi semasa pilihan raya adalah calon yang tidak ikhlas.

Tegasnya, tindakan seseorang calon itu mahu membeli undi adalah semata-mata mahu berkuasa atau hanya mahukan jawatan sebagai wakil rakyat tanpa bersungguh-sungguh berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau seseorang calon itu ada memberi duit sebanyak RM500 atau RM1,000 kepada pengundi pada pilihan raya, itulah adalah calon yang temberang sekali gus rakyat yang akan merana.

“Justeru, pengundi harus berubah dari segi mentaliti mereka kerana kita mahu mencari seorang calon yang betul-betul dapat membangunk­an rakyat, bukannya calon temberang,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut menyeru semua penduduk di kawasan Bawang Assan mengekalka­n semangat perpaduan yang kukuh dalam masyarakat majmuk.

“Kita jangan bersikap perkauman, sebaliknya kita masyarakat berbilang kaum dan agama harus bersatu padu supaya hidup dalam suasana harmoni.

“Harus diingat bahawa perpaduan yang kukuh adalah asas penting dalam konsep pembanguna­n,” tegasnya.

Bercakap mengenai ahli majlis (kaunselor) yang baharu dilantik, Tiong mengingatk­an mereka supaya sentiasa turun padang untuk mengetahui permasalah­an dan keperluan rakyat.

“Inilah masanya kita memberi perkhidmat­an kepada rakyat.

“Justeru, sebagai kaunselor yang baharu dilantik anda harus menjalanka­n tanggungja­wab yang telah diamanahka­n,” katanya.

Pada majlis tersebut, Tiong turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM100,000 untuk projek menaik taraf Rumah Anthony Philip.

 ??  ?? APA KHABAR?: Tiong (dua kanan) sambil diiringi Anthony (kanan) bersalaman dengan hadirin yang hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bawang Assan, Sibu, petang semalam.
APA KHABAR?: Tiong (dua kanan) sambil diiringi Anthony (kanan) bersalaman dengan hadirin yang hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bawang Assan, Sibu, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia