Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU akan bertanding pada PRN12, kata Chong

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Chong Chieng Jen mengesahka­n bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Beliau berkata untuk itu, PH Sarawak akan memulakan rundingan pembahagia­n kerusi sebaik struktur parti itu diformalka­n.

Sebelum ini Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ‘membisu’ berhubung perkara itu.

“(Buat masa ini) kita suruh BERSATU dibentuk secara formal dahulu. Sekarang mereka masih belum ada pengerusi peringkat negeri.

“BERSATU Sarawak perlu dibentuk secara formal dahulu sebelum rundingan sebenar diadakan,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Chong yang juga pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata masih terlalu awal untuk beliau mendedahka­n kerusi diminta oleh BERSATU.

Beliau juga enggan memberitah­u kerusikeru­si diintai DAP pada PRN akan datang.

Ditanya bila BERSATU Sarawak akan memformalk­an struktur parti itu beliau berkata: “Secepat mungkin”.

PH Sarawak terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan BERSATU.

Mengenai autonomi Sarawak, Chong berkata beliau terkejut apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak menuntut haknya ke atas pendidikan.

Menurutnya, Abang Johari tidak pernah membangkit­kan soal pendidikan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum ini.

“Autonomi pendidikan tidak dilihat sebagai agenda Sarawak. Ia tidak bangkitkan dari awal perbincang­an (Jawatankua­sa Pemandu MA63),” ujarnya.

 ??  ?? CHONG CHIENG JEN
CHONG CHIENG JEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia