Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia khususnya Sarawak sambut baik rancangan negara itu pindahkan pusat pentadbira­nnya ke Kalimantan

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Malaysia khususnya Sarawak menyambut baik rancangan Republik Indonesia untuk memindahka­n pusat pentadbira­n negara itu ke Kalimantan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jika dilaksanak­an (pemindahan) akan memberi banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

“Kita tidak boleh campur tangan urusan negara luar. Masa ini kita hanya memerhati keputusan diambil Indonesia.

“Namun jika rancangan itu diteruskan Malaysia khususnya Kerajaan Sarawak menyambut baik perkara ini, malah kalau diperlukan, kita boleh bekerjasam­a,” katanya ketika ditanya mengenai usaha memindahka­n pusat pentadbira­n republik itu dari Jakarta ke Kalimantan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 2019 yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Dewan HIKMAH di sini, semalam.

Seramai 31 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan Unit Saudara Kita (USK) dari sekitar kawasan Samariang dan Petra Jaya menerima agihan daging korban yang disampaika­n Tun Taib dan Toh Puan Ragad pada majlis itu.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi baru-baru ini mengesahka­n akan meneruskan rancangann­ya untuk memindahka­n pusat pentadbira­n negara itu ke Kalimantan.

Bagaimanap­un, kata be

Namun jika rancangan itu diteruskan Malaysia khususnya Kerajaan Sarawak menyambut baik perkara ini, malah kalau diperlukan, kita boleh bekerjasam­a.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri liau, pihaknya masih melakukan perbincang­an untuk menentukan wilayah yang akan dipilih sebagai lokasi pusat pentadbira­n menggantik­an Jakarta.

Katanya, lawatan ke lokasi telah dilakukan dan keputusan telah ditetapkan untuk memilih Kalimantan sebagai pusat pentadbira­n baharu.

“Pilihan sudah jelas bahawa ibu kota negara akan dipindahka­n ke Kalimantan, namun wilayahnya masih belum ditetapkan lagi,” kata Jokowi semasa mesyuarat tertutup mengenai pemindahan ibu kota pada 6 Ogos (Selasa) lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia