Utusan Borneo (Sarawak)

Wong ikrar terus sokong Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs

-

SIBU: Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh akan terus menyokong program Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs untuk pembanguna­n modal insan yang berkualiti.

Berucap pada perasmiann­ya di Methodist Centennial Park di sini semalam, Wong yakin bahawa program itu mampu memberi inspirasi dan meningkatk­an keyakinan golongan belia untuk berhadapan dengan dunia luar.

“Apa sahaja yang anda lakukan, anda perlu melakukann­ya dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi,” katanya di hadapan 153 peserta yang mengikuti program anjuran Swan City Toastmaste­rs Club itu.

Kem empat hari tiga malam bertemakan ‘I Believe’ itu diadakan untuk tahun ke-16 berturut-turut.

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 18 tahun dari sekitar kawasan Sibu.

Dalam pada itu, Wong turut berkata bahawa mereka yang kuat bekerja dan melakukan banyak latihan, kebiasaann­ya akan menjadi lebih kuat, aktif dan sentiasa sihat.

“Kadang-kadang kamu harus melalui waktu sukar, derita, memenatkan, mengecewak­an, berada pada tahap paling rendah dan lainlain lagi.

“Semua ini untuk mengajar kamu menjadi seorang insan yang lebih baik, seperti emas tulen yang telah dileburkan dengan api yang panas sekali.

“Jika kamu yakin dengan diri kamu, kamu mampu menempuhi semua halangan,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan turut mengumumka­n akan memberi geran sebagai tanda sokongan kepada program tersebut.

Hadir sama pengerusi penganjur merangkap Pengasas Swan City Toastmaste­rs Club Dr Clement Chen dan Presiden Swan City Toastmaste­rs Club Jane Moh.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Wong, Jane dan Clement merakam kenangan bersama peserta Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs Edisi 16 di Methodist Centennial Park, semalam.
UNTUK ALBUM: Wong, Jane dan Clement merakam kenangan bersama peserta Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs Edisi 16 di Methodist Centennial Park, semalam.
 ??  ?? Abang Johari melapah daging korban Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 2019 di Dewan Hikmah di Kuching, semalam.
Abang Johari melapah daging korban Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 2019 di Dewan Hikmah di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia