Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 pelajar jayakan Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs

-

SIBU: Lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah mendapat manfaat daripada program Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs yang dianjurkan sejak 15 tahun lalu, kata Presiden Swan City Toastmaste­rs Club Jane Moh.

Menurut Jane, tujuan utama penganjura­n program tersebut adalah untuk meningkatk­an kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan semua peserta.

“Saya fikir, apa yang telah kem ini lakukan sejak 15 tahun lalu masih lagi dilakukan pada hari ini dan masa-masa akan datang, adalah untuk menggalakk­an pelajar-pelajar ini mempunyai cita-cita lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Kem ini bermula 15 tahun lalu kerana pasukan pengasas percaya bahawa dalam diri kita mempunyai suatu potensi yang boleh dikembangk­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kem Kepimpinan Belia Toastmaste­rs Edisi 16 di Methodist Centennial Park, semalam.

Majlis perasmiann­ya disempurna­kan Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

Kem empat hari tiga malam bertemakan ‘I Believe’ disertai kira-kira 153 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 18 tahun dari sekitar kawasan Sibu.

Menurut Jane, program tersebut juga membantu menaikkan semangat para peserta untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Saya beri contoh, kebanyakan fasilitato­r di sini adalah bekas peserta kem ini juga. Mereka kembali ke sini hari ini dan menjadi sukarelawa­n untuk menjadi fasilitato­r kerana semangat yang telah ditanamkan di dalam diri mereka.

“Kami berasa sangat bangga kerana mereka mengharung­i kem ini dengan baik sekali, termasuk juga dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

Hadir sama pengerusi penganjur merangkap Pengasas Swan City Toastmaste­rs Club Dr Clement Chen.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Clement (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong, sambil diperhatik­an Jane.
UNTUK KENANGAN: Clement (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wong, sambil diperhatik­an Jane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia