Utusan Borneo (Sarawak)

PERKEMAS Miri santuni mangsa kebakaran Kampung Piasau Utara

-

MIRI: Persatuan Kebajikan Masyarakat Sejahtera (PERKEMAS) Miri semalam mengadakan kunjungan ke Kampung Piasau Utara di sini untuk menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Pengerusin­ya Khalid Abdul Manap berkata, program amal itu yang pertama sejak penubuhan persatuan tersebut tiga bulan lepas.

“Antara bantuan yang termampu dihulurkan untuk mangsa ialah bahan makanan kering, pakaian dan keperluan memasak,” katanya.

Tambahnya, ahli-ahli persatuan terpanggil untuk menghulurk­an sumbangan bagi membantu meringanka­n bebanan mangsa selepas kesemua kediaman musnah dalam kebakaran dua minggu lepas.

“Kita berjaya mengutip sejumlah wang daripada ahliahli persatuan dan seterusnya membeli barangan keperluan ini untuk keluarga mangsa kebakaran tersebut.

“Walaupun tidak sebanyak mana namun kita amat berharap ia dapat membantu meringanka­n beban mangsa kebakaran tersebut,” tambahnya sambil menyeru pertubuhan bukan kerajaan atau individu yang prihatin sama-sama menyumbang membantu mangsa.

Mengenai persatuan itu pula, Khalid berkata sehingga kini mereka sudah mempunyai 86 ahli berdaftar sejak persatuan itu diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.

“Kita akan terus bergerak untuk melakukan pelbagai usaha khususnya membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi persatuan ini kini sudah berdaftar,” tambahnya. MIRI: Penduduk di kawasan Taman Tunku dan Taman Jelita di sini serta beberapa perkampung­an atau penempatan di sekitarnya memerlukan sebuah balai polis dan pejabat pos mini.

Keperluan itu sejajar dengan keperluan rakyat dan pembanguna­n di kawasan itu yang semakin bertambah.

Ketua Wanita PKR Sibuti merangkap ahli Exco Wanita Kebangsaan Zulhaidah Suboh berkata, populasi di kawasan berkenaan meningkat seiring dengan kawasan perumahan dan penempatan yang turut bertambah dan berkembang, sekali gus menyumbang kepada kekerapan kes jenayah terutama kecurian, pecah masuk, dadah dan sebagainya.

“Selain itu, keperluan pos turut bertambah dan penduduk menuntut kerajaan membina sebuah di sini, sekurang-kurang pejabat pos mini untuk memudahkan urusan penduduk berbanding perlu turun ke pusat bandar yang agak jauh.

“Dua pusat perkhidmat­an itu antara yang paling banyak disuarakan keperluann­ya oleh penduduk di sini ketika menyuaraka­n aduan mereka kepada PKR,” kata Zulhaidah kepada Utusan Borneo selepas mengadakan lawatan turun padang di sekitar Pasar Tamu Taman Tunku dan Taman Jelita di sini, semalam.

Beliau berkata, jika sebuah balai polis dibina di sana lebih mudah bagi penduduk membuat laporan dan pada masa yang sama memudahkan pihak polis membuat pemantauan serta mengawal keselamata­n di kawasan perumahan yang besar itu.

Setakat ini katanya, hanya pasukan unit peronda yang aktif di kawasan tersebut.

Mengenai keperluan bagi pejabat pos mini pula, beliau berkata pada masa ini penduduk di situ perlu pergi ke pusat bandar Miri untuk menghantar kiriman atau surat mereka, proses yang mengambil masa kerana lokasinya jauh.

“Sehubungan itu, PKR berharap agar agensi berkenaan akan mempertimb­angkan permintaan penduduk di kedua-dua kawasan itu dan pada masa yang sama membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi,” tambahnya.

Zulhaidah berkata, semasa lawatan di Pasar Taman Tunku, para penjaja dan penjual kawasan tamu berkenaan turut mengemukak­an rayuan mereka agar Majlis Bandaraya Miri (MBM) membina meja konkrit untuk kemudahan dan keselesaan para penjaja.

Beliau berkata, perkara itu pernah disuarakan penjaja kepada pihak MBM namun tiada tindakan selanjutny­a diambil.

“PKR berharap masalah yang dihadapi rakyat di situ dapat diselesaik­an dengan sewajarnya termasuk kejadian banjir kilat yang sering berlaku di kawasan perumahan tersebut,” tambahnya.

Turut hadir mengiring beliau semasa mengadakan lawatan bertemu rakyat di peringkat akar umbi itu semalam ialah ahli jawatankua­sa PKR Sibuti Dr Dinil Jos serta beberapa ahli parti yang lain.

 ??  ?? MUDAHKANUR­USAN:Parapenjaj­adiTamanTu­nkudanTama­nJelitamer­ayusupayad­ibinamejak­onkrit bagi memudahkan mereka mempamerka­n barangan dan produk jualan kepada orang ramai.
MUDAHKANUR­USAN:Parapenjaj­adiTamanTu­nkudanTama­nJelitamer­ayusupayad­ibinamejak­onkrit bagi memudahkan mereka mempamerka­n barangan dan produk jualan kepada orang ramai.
 ??  ?? AMBIL BERAT: Khalid (berdiri, lima kanan) bersama ahli persatuan yang lain menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Piasau Utara di Miri, semalam.
AMBIL BERAT: Khalid (berdiri, lima kanan) bersama ahli persatuan yang lain menyerahka­n sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Piasau Utara di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia