Utusan Borneo (Sarawak)

Beri perhatian permintaan keluarga tentera hilang

Keluarga mangsa minta MINDEF beri taklimat kepada mereka mengenai keseluruha­n proses SAR, dibenar sertai SAR

- Oleh Agnes Tugong

Sekarang ini belum ada kata putus daripada MINDEF dan semalam (Sabtu) saya diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga iaitu Morni Edmund Rapi bahawa mereka mahu ke sana untuk mengambil dan membawa balik barang ke sini.

Dato Sri Fatimah Abdullah

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap Kementeria­n Pertahanan memberi perhatian kepada permintaan keluarga anggota tentera negeri ini yang hilang dalam operasi baru-baru ini.

Menurut Fatimah, keluarga mangsa meminta Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) memberi taklimat kepada mereka mengenai keseluruha­n proses mencari dan menyelamat (SAR) serta dibenarkan menyertai SAR.

“Sekarang ini belum ada kata putus daripada MINDEF dan semalam (Sabtu) saya diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga iaitu Morni Edmund Rapi bahawa mereka mahu ke sana untuk mengambil dan membawa balik barang ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha di Surau Darul Muallimin, Taman Desa Guru di sini

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

semalam.

Tambah Fatimah, Morni yang merupakan abang kepada Koperal David Edmund Rapi telah memaklumka­n mahu ke Semenanjun­g Malaysia untuk mengambil barang adiknya di kem tempat adiknya bertugas.

Sehubungan itu Kerajaan Sarawak akan menanggung penerbanga­n dari Kuching ke Langkawi termasuk logistik sepanjang di sana sehingga beliau kembali ke Sarawak.

“Kerajaan Sarawak dalam pertemuan bersama ahli keluarga baru-baru ini sudah bersetuju untuk menanggung penerbanga­n dan logistik

mereka dan kita akan terbangkan mereka seperti yang dihasratka­n.

“Kita berharap pihak MINDEF akan memberi kebenaran untuk mereka memasuki kem dan memberi perhatian kepada permintaan keluarga anggota termasuk keluarga Lans Koperal Moses Logers,” ujarnya.

Dalam pada itu keduadua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) tersebut dilaporkan hilang ketika bertugas di kawasan Operasi Pejarak di Pulau Perak, Kedah sejak 19 Julai lepas.

Kehilangan David dan Moses yang masing-masing dari Dalat dan Bau, dikesan ketika ketua penempatan mengadakan perbarisan pemeriksaa­n malam bagi mengira kekuatan.

Usahamenge­sankedua-dua anggota berkenaan masih dijalankan Tentera Darat dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

 ??  ?? SERAH: Fatimah menyerahka­n bungkusan daging korban kepada salah seorang wakil penerima di Surau Darul Muallimin Taman Desa Guru di Kuching semalam.
SERAH: Fatimah menyerahka­n bungkusan daging korban kepada salah seorang wakil penerima di Surau Darul Muallimin Taman Desa Guru di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia