Utusan Borneo (Sarawak)

Surau Darul Muallimin sumbang 16 lembu untuk ibadah korban

-

KUCHING: Jawatankua­sa Surau Darul Muallimin, Taman Desa Guru di sini menyumbang 16 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha semalam.

Kesemua lembu yang dikorbanka­n dilapah dan dagingnya diagihkan kepada lima rumah kebajikan, golongan saudara baharu serta golongan asnaf.

Lima rumah kebajikan tersebut ialah Rumah KanakKanak Toh Puan Norkiah, Rumah Amal Nur Murni, Rumah Anak-Anak Baiturrama­h, Pusat Jagaan Laman Kaseh dan Rumah Sri Kenangan.

Pengerusi jawatankua­sa surau tersebut, Abdul Razak Abdul Rahim berkata ibadah korban ini merupakan program tahunan sempena Hari Raya Aidiladha.

Semua lembu yang dikorbanka­n adalah sumbangan bersama komuniti di Taman Desa Guru.

“Selain mengagihka­n daging korban kepada lima rumah kebajikan, kamu juga mengagihka­n 100 bungkusan daging korban kepada golongan saudara baharu menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

“Kita juga menyumbang daging korban ini kepada ibu bapa golongan pelajar asnaf menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sekitar bandar raya ini,” katanya.

Dalam pada itu program yang berlangsun­g di Surau Darul Muallimin Taman Desa Guru itu semalam turut disertai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah dalam pada itu menyambut baik program ibadah korban oleh jawatankua­sa surau tersebut bersama komuniti dalam Taman Desa Guru.

Program seperti itu katanya, bukan sahaja satu daripada tuntutan agama malah dapat memupuk semangat setia kawan antara satu sama lain dalam proses menjalanka­n ibadah korban.

 ??  ?? LAPAH: Komuniti Taman Desa Guru melapah daging lembu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Surau Darul Muallimin di Kuching semalam.
LAPAH: Komuniti Taman Desa Guru melapah daging lembu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Surau Darul Muallimin di Kuching semalam.
 ??  ?? BUNGKUS: Komuniti Taman Desa Guru membungkus daging korban untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Surau Darul Muallimin di Kuching semalam.
BUNGKUS: Komuniti Taman Desa Guru membungkus daging korban untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Surau Darul Muallimin di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia